Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan diadakan pada 5 Mei manakala penamaan calon ditetapkan pada 20 April.

Ini diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam satu sidang akhbar hari ini.
Menurutnya, seramai 13,268,002 layak mengundi dalam pilihan raya umum ke-13 ini.

Aziz berkata, untuk PRU13 ini, SPR menggunakan daftar pemilih induk 2012, daftar tambahan suku tahun pertama 2012, daftar tambahan suku tahun kedua 2012, daftar tambahan suku tahun ketiga 2012 dan daftar tambahan suku tahun keempat 2012.

Manakala tarikh pengundian awal ditetapkan pada 30 April, katanya.

SENARAI CALON PARLIMEN BN DAN PAKATAN RAKYAT PRU13

PAS Perak mengesahkan malam tadi bahawa parti itu akan bertanding di 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tujuh kerusi Parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pesuruhjaya PAS negeri Abu Bakar Hussain berkata perkara itu diputuskan dalam perbincangan di peringkat pusat di Kuala Lumpur semalam.
    
Dalam majlis pra-pengumuman calon di markas parti itu di Kampung Permatang, Pasir Panjang, beliau turut mengumumkan beberapa calon yang akan bertanding pada PRU13.
    
Mereka termasuk Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (atas) yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering yang sebelum ini ditandingi PKR. 

Manakala, calon wanita Rohawati Abidin yang merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Lumut diumumkan akan menggantikan Nizar di Dun Pasir Panjang dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Idris Ahmad (kanan) dinamakan sebagai calon di Parlimen Bukit Gantang, menggantikan Nizar. 
    
“DUN  Kubu Gajah pula akan ditandingi kembali oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Larut, Nazri Din. 
    
“Kesemua mereka dipilih atas faktor integriti, amanah, setia dan telus,” katanya. 
    
– Bernama


SENARAI CALON BN DAN PAKATAN RAKYAT PRU13

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 1Malaysia menunggu pengumuman tarikh PRU13 dan juga senarai calon PR dan BN. Berikut adalah senarai kemungkinan Pakatan Rakyat mengikut sumber INI. Kita tunggu pula senarai dari Barisan Nasiona; pasti banyak kejutan.

SENARAI CALON PKR 

1. Lumut atau Padang Rengas – Anwar Ibrahim (belum disah dan diumumkan)

2. Gombak – Azmin Ali (penyandang)
3. Paya Besar – Murnie Hidayah Anuar
4. Indera Mahkota – Fauzi Abdul Rahman
5. Batu – Tian Chua (penyandang)
6. Sembrong – Onn Abu Bakar
7. Johor Bharu – Jen (B) Md Hashim Hussein
8. Pasir Gudang – Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid (belum diumumkan)
9. Selayang – William Leong Jee Ken (penyandang)
10. Kuala Kedah – Dr Azman Ismail
11. Kuantan – Fuziah Salleh (penyandang)
12. Padang Serai – N Surendran
13. Bagan Serai – Dr Muhammad Nur Manuty
14. Pasir Salak – Mustafa Kamil Ayyub
15. Gopeng – Dr Lee Boon Chye (penyandang)
16. Kulim-Bandar Baharu – Saifuddin Nasution Ismail (bertukar dari parlimen Machang)
17. Sungai Petani – Johari Abdul (penyandang)
18. Ampang – Zuraida Kamarudin (penyandang)
19. Sabak Bernam – Dr Abdul Aziz Bari
20. Lembah Pantai – Nurul Izzah Anwar (penyandang)
21. Pandan – Rafizi Ramli
22. Bukit Katil – Shamsul Iskandar Md Akin
23. Batang Lupar – Zulkifli Abang Engkeh
24. Saratok – Ali Biju
25. Hulu Rajang – Abun Sui Anyit
26. Baram – Roland Engan
27. Limbang – Baru Bian
28. Nibong Tebal – Dr Mansor Othman (bertukar dari DUN Penanti)
29. Wangsa Maju – Dr Tan Kee Kwong
30. Setiawangsa – Ibrahim Yaacob (belum diumumkan)
31. Segamat atau Kulai – Dr Chua Jui Meng (belum disah dan diumumkan)
32. Batu Pahat – Dr Idris Jauzi
33. Alor Setar – Gooi Hsiao Leung
34. Bandar Tun Razak – Abdul Khalid Ibrahim (penyandang)
35. Petaling Jaya Selatan – Hee Loy Sian (penyandang)
36. Machang – Dr Wan Zawawi Wan Ismail (belum diumumkan)
37. Sibuti – Dr Michael Teo Yu Keng (belum disah dan diumumkan)
38. Tebrau – Steven Choong Siow
39. Muar – Nor Hizwan Ahmad
40. Tambun – Siti Aishah Shaik Ismail (belum diumumkan)
41. Tanjong Malim – Brig Jen (B) Abdul Hadi Abdul Khattab (belum diumumkan)
42. Labuan – Ibrahim Menudin (disahkan tetapi belum diumumkan)

SENARAI CALON DAP

1. Gelang Patah – Lim Kit Siang
2. Bukit Gelugor – Karpal Singh (penyandang)
3. Serdang – Teo Nie Ching (penyandang)
4. Beruas – Ngeh Koo Ham (penyandang)
5. Kluang – Liew Chin Tong (bertukar dari parlimen Bukit Bendera)
6. Ipoh Timur – Thomas Su (belum disah dan diumumkan)
7. Ipoh Barat – Wong Kah Woh (belum disah dan diumumkan)
8. Batu Gajah – V Sivakumar (belum disah dan diumumkan)
9. Bentong – Wong Tack
10. Seputeh – Teresa Kok Suh Sim (penyandang)
11. Puchong – Gobind Singh Deo (penyandang)
12. Taiping – Nga Kor Ming (penyandang – belum diumumkan)
13. Raub – Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz
14. Bukit Mertajam – Chong Eng (penyandang)
15. Petaling Jaya Utara – Tony Pua Kiam Wee (penyandang)
16. Batu Kawan – Dr P Ramasamy (penyandang)
17. Cheras – Tan Kok Wai (penyandang)
18. Bukit Bintang – Fong Kui Lun (penyandang)
19. Teluk Intan – M Manogaran (penyandang)
20. Rasah – Anthony Loke Siew Fook (penyandang)

SENARAI CALON PAS

1. Marang – Tuan Guru Abdul Hadi Awang (penyandang)
2. Arau – Tuan Guru Haron Din
3. Shah Alam – Khalid Samad (penyandang)
4. Kota Raja – Dr Siti Mariah Mahmud (penyandang)
5. Pulai – Salahuddin Ayub (bertukar dari parlimen Kubang Kerian)
6. Padang Terap – Mohd Nasir Zakaria (penyandang – belum diumumkan)
7. Pendang – Mohamad Sabu (disahkan jam 6.30 petang)
8. Kuala Nerus – Dr Khairuddin At-Takiri (belum diumumkan)
9. Rantau Panjang – Siti Zailah Mohd Yusof (penyandang)
10. Tumpat – Kamarudin Jaffar (penyandang)
11. Kuala Krai – Dr Mohd Hatta Ramli (penyandang)
12. Parit Buntar – Dr Mujahid Yusof Rawa (penyandang)
13. Baling – Brig Jen (B) Najmi Ahmad
14. Larut – Fauzi Shaari
15. Temerloh – Nasrudin Hassan
16. Titiwangsa – Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi
17. Kuala Selangor – Dr Dzulkefly Ahmad (penyandang)
18. Bachok – Ariffin Mahmod (belum disah dan diumumkan)
19. Jempol – Wan Aishah Wan Ariffin (belum diumumkan)
20. Padang Besar – Azamhari Mahmood
21. Kangar – Baharuddin Ahmad (belum disahkan)
22. Putrajaya – Husam Musa (kekal di DUN Salor, belum disah dan diumumkan)

SENARAI LENGKAP CALON BN DAN PAKATAN RAKYAT


Salam, 2013 bukan rahsia lagi pasti tahun Pilihan Raya Umum 13 kerana Kerajaan Barisan Nasional akan tamat tempoh pada April 2013.

Sana sini bercakap tentang PRU 13 sehingga ke Mekah dan Madinah.

Dalam undian Ramalan Pilihan Raya Umum 13 yang dilakukan 2012 di SINI menunjukkan 47% memihak kepada PAKATAN.

Menjelang 2013 setelah berbagai perkembangan terkini berlaku kita akan membuat undian baru di SINI untuk melihat apakah pilihan terbaru Rakyat Malaysia.

Apakah pilihan anda BN, PAKATAN atau Belum ada pilihan?

klik SINI untuk membuat pilihan. Undi anda adalah rahsia.

Selepas keputusan kes liwat AnWAR diumumkan Ramalan PRU 13 yang dibuat di blog Denaihati menunjukan trend meningkat kepada PR – 44%, BN – 45% dan Atas Pagar – 11% tetapi setelah lebih seminggu trend mulai berubah iaitu BN – 47%, PR – 41% dan Atas Pagar – 12%.

Ramai para analisa menjangkakan peratusan Atas Pagar akan banyak berpindah kepada BN setelah banyak janji-janji BN di sempurnakan manakan sebahagian pengundi PAS akan berpindak ke Atas Pagar kerana tidak gembira dengan perjuangan PAS yg semakin tidak konsisten.

Pasti PR tidak akan berdiam diri dan pasti sedang merancang sesuatu luar dari kotak fikiran … pastinya bukan demo sebab dah tak ganas seperti yang biasa.

Joom tengok keputusan ramalan PRU 13 terbaru @ blog Denaihati.

Keputusan survey PRU 13 terkini :

1. BN – 45%
2. PR – 44%
2. ATAS PAGAR – 11%

Apa pilihan anda sila @ blog Denaihati