Petikan dari Blog Papagoma : Gomo baru mendapat maklumat bahawa petang tadi ada laporan Polis telah dibuat keatas Dato Seri Anwar Ibrahim oleh seorang Mahasiswa dari Utara yang menyatakan beliau telah diliwat Oleh Pemimpin PKR pada malam sebelumnya.

Tidak diketahui sama ada laporan tersebut benar ataupun sebaliknya namun yang pasti semua Kedutaan dalam Malaysia diminta untuk tidak melindungi Anwar Ibrahim jika beliau bertindak menyembunyikan diri sepertimana kes liwat yang terdahulu.


Laporan Polis oleh Mahasiswa itu dibuat di Balai Polis Negeri belah Utara. Sama sama kita nantikan apa perkembangan selanjutnya.

Arah semua kedutaan tutup pintu pagar terutama Kedutaan Turkey!!!

Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid, bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki, berhubung dengan pengendalian akaun-akaun sejumlah RM3 bilion yang beliau percaya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Abdul Murad dalam satu kenyataan hari ini yang diperolehi oleh Bernama mengesahkan bahawa beliau pernah membuat akuan bersumpah pada tahun 1999 berhubung dengan pengendalian akaun-akaun itu. 
    
Bagi menjawab pertanyaan-pertanyaan dari akhbar baru-baru ini, Abdul Murad berkata: “Saya telah memberi keterangan-keterangan yang diminta oleh pihak berkuasa. 
    
“Dan saya juga bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki.” 
    
Dalam pendedahannya pada kira-kira 13 tahun lepas itu, Abdul Murad dilaporkan mendakwa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion. 

Pelbagai pihak terutamanya di kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan mendesak Anwar memberi penjelasan berhubung dakwaan Abdul Murad itu. Sumber Malaysiakini.

Pernah dengar juga gosip daripada beberapa orang kuat DSAI katanya DSAI ada proxy di Kemboja dan Indonesia yg nilainya ratus-ratus juta. Hanya DSAI dan proxy beliau sahaja yang tahu.
Berikut beberapa wajah Anwar Ibrahim ketika panas berkempen di Kampung Kerinci untuk persediaan PRU 13. Macam lain sangat wajah Anwar Ibrahim sekarang tidak seperti dulu yang penuh dengan ketenangan dan karisma.

Sumber : http://jinggo-fotopages.blogspot.com/

AnWAR biasa meluahkan perasaan tidak puas hati kepada pemberita luar negara dalam banyak program TV di luar negara terutamanya Indonesia. Tapi apabila majalah The Economist melabelkan AnWAR sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai maka melompatlah semua askar-askar AnWAR.

Betapa berkuasanya manusia menguasai manusia lain tapi jangan lupa kuasa ALLAH SWT yg akan menentukan hala tuju politik AnWAR …

That won’t matter to his acolytes, but at 64 he also seems a distant and untrustworthy figure to many younger Malaysians. He has failed to nurture a new generation of opposition leaders. Rather than turning his party into a vibrant, modernising force in politics he has allowed it to become something of a family-run affair, riven by infighting – The Economist


Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan kepada Dr. Brian McDonald bahawa, beliau bukannya pakar DNA sepertimana diputuskan oleh sebuah mahkamah daerah di Australia semasa perbicaraan satu kes jenayah pada 2007.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden semasa membacakan keputusan mahkamah di Barat Australia itu berkata, mahkamah berkenaan telah mengeluarkan perintah bahawa McDonald tidak dibenarkan memberi keterangan sebagai pakar selepas memutuskan keterangan McDonald tidak boleh diterima.

Beliau berkata, mahkamah berkenaan memutuskan tidak terdapat bukti mencukupi untuk menyakinkan kepada mahkamah itu (di Australia) bahawa McDonald ialah seorang pakar DNA dan genetik molekular.
Bagaimanapun, McDonald mempertahankan dirinya dengan menyatakan Mahkamah Rayuan telah menukar keputusan itu kemudiannya selepas rayuan.

Kepada soalan Mohamed Yusof bahawa mahkamah di Australia itu telah memberikan komen serius mengenai kepakarannya, McDonald menjawab terpulang kepada hakim untuk memberikan pendapatnya. — Bernama

Aku ada buat undian di blog ini untuk melihat apa pandangan pembaca blog ni. Hasil nya memang majoriti sokong Penubuhan Suruhanjaya. Kita lihat perjalanan kisah ini sehingga akhir. Tengok siapa yang kena??

Penyebaran video yang disifatkan sebagai langkah awal dalam usaha mencari kebenaran dalam kes itu, hanya sempat bertahan kurang lapan jam sebelum pihak pengurusan YouTube yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat menarik balik penyiarannya atas alasan mengandungi unsur lucah.

Video yang dimuat naik individu yang memakai nama samaran ‘thepowerman’ melalui komputer pelayan di Bangkok, Thailand itu didapati langsung tidak memaparkan aksi lucah kecuali pergerakan tiga individu termasuk salah seorang yang didakwa sebagai pemimpin pembangkang dalam sebuah bilik.

Siapa yang mempengaruhi Youtube untuk menarik balik penyiaran video tersebut?? Pasti manusia sangat berpengaruh di dunia kalau manusia biasa tak mampu tu.

Mungkinkah…????


Gambar-gambar yang menjadi tanda-tanya 1Dunia siapakah jejaka ini???

Mungkinkah ini AnWAR tapi mungkin tidak kot mungkin ya ini jejaka pemimpin politik yg tersangkut dengan kes melanggan pelacur.

Yang ini mungkin amoi dari china seperti yang panas diperkatakan.

Tunggukan pendedahan yang lain tak lama lagi……

Sejak kebelakangan ini berbagai Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan atas kehendak Pembangkang terutama Ketua Pembankang DS AnWAR Ibrahim sehinggakan kes kematian penjenayah di dalam lokap pun mesti ditubuhkan Suruhanjaya DiRaja.

Bagaimana pulak dengan kes video aksi seks yang sedang HOT ni. Bebagai pihak minta ditubuhkan Suruhanjaya DiRaja tetapi kenapa PAKATAN khasnya AnWAR tidak menyokong malah menentang.

Menunggu AnWAR setuju dengan penubuhan Suruhanjaya DiRaja.

Apa pilihan ANDA. Sila buah pilihan dikotak di atas.

…pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand? Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand? Ketiga, di hotel mana Anwar menginap? Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut? Dan kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?
“Jangan paksa saya dedahkan semua itu… suruh Anwar jawab dulu soalan itu sebelum (semua) serang saya” kata Eskay.
Cerita panjang lebar @ Tanya AnWAR