Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, pihak yang mengaitkannya dengan isu pembelian saham Eastern & Oriental (E&O) oleh Sime Darby Berhad (Sime Darby) adalah berniat jahat.

Katanya, beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu, malah, tidak pernah terlibat langsung dalam isu berkenaan.

“Saya tak ada kena mengena, saya bukan Menteri Kewangan, saya adalah menteri yang bertanggungjawab dalam Unit Perancang Ekonomi (EPU), ini berlaku semasa saya bukan lagi dalam Kementerian Kewangan,” katanya selepas merasmikan Persidangan Bakat Antarabangsa anjuran Institut Pengurusan Malaysia (MIM) di sini hari ini. – Utusan

Kita tunggu perkembangan skandal besar ini katanya skandal Billion Ringgit Malaysia.


Mahkamah Rayuan Syariah di sini hari ini membatalkan perintah terhadap seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Dungun, Terengganu untuk ditempatkan di Unit Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEIK) bagi memulihkan akidahnya selepas mengaku murtad.

Mohamad Fariz Ilham Mohd. Zulkifli, 19, yang berasal dari Pengkalan Chepa itu sebelum ini ditempatkan di bawah pengawasan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) untuk mendapatkan bimbingan sewajarnya.

Panel rayuan itu dipengerusikan oleh Ketua Hakim Syarie, Kelantan, Datuk Daud Muhammad yang bersidang dengan dua panel lagi iaitu, Penasihat Perundangan Syariah, Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Syeikh Ghazali Abd. Rahman; dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Dalam keputusan tersebut, panel rayuan sebulat suara bersetuju dan berpuas hati dengan rayuan yang dikemukakan oleh Ketua Pendakwa Syarie Kelantan, Hashim Deraman bahawa tempat yang dipilih sebelum ini tidak sesuai atau tidak selesa untuk memulihkan akidah Mohamad Fariz Ilham yang dinamakan sebagai responden.

Ini kerana mahkamah mendapati, responden lebih banyak menyertai aktiviti ceramah yang dianjurkan oleh JHEIK sedangkan ia memerlukan lebih bimbingan, perlindungan serta makan dan minum.

Pihak pendakwa juga mengesyorkan agar responden diletakkan di pusat pemulihan akidah Ulu Yam, Selangor dengan makan dan minumnya ditanggung oleh JHEIK atau mana-mana pusat pemulihan yang sesuai namun cadangan itu ditolak oleh mahkamah.

Dalam prosiding itu, Mohamad Fariz Ilham juga ditanya sama ada akidahnya telah pulih atau sebaliknya.
Remaja itu dengan nada perlahan menjawab: “Pada bulan Ramadan baru-baru ini saya berpuasa atas kerelaan sendiri dan tidak membantah. Saya rasa ada perubahan pada diri sendiri, tetapi kena ambil masa.”
Selepas mendengar keputusan itu, responden memohon mahkamah melepaskannya daripada pengawasan MAIK jika permohonannya sebagai penjawat awam di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di bahagian pembimbing di Jabatan Orang Asli, diterima.

“Saya kurang gemar mendengar cakap-cakap orang (teguran) kerana lebih suka dengan cara sendiri. Dengan adanya pekerjaan sebagai pembimbing orang Asli, saya berharap mampu membantu saya membimbing diri sendiri ke arah yang lebih baik,’’ katanya.

Bagaimanapun hakim berkata, ia bergantung kepada keputusan MAIK.
Pada 24 April lalu, Mohamad Fariz dirujuk oleh keluarganya ke JHEIK selepas mengaku keluar daripada Islam dan memeluk agama Kristian.

Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengeluarkan perintah pada 2 Mei lalu supaya responden diletakkan di bawah pengawasan Unit Dakwah di JHEIK.

Permohonan itu menyebut Mohamad Fariz, yang menggunakan nama samaran Tyrone, mula berjinak-jinak dan menghadiri upacara gereja sejak 3 Disember 2010 serta mengaku berhasrat menukar agama di luar negara. – Utusan


Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan kepada Dr. Brian McDonald bahawa, beliau bukannya pakar DNA sepertimana diputuskan oleh sebuah mahkamah daerah di Australia semasa perbicaraan satu kes jenayah pada 2007.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden semasa membacakan keputusan mahkamah di Barat Australia itu berkata, mahkamah berkenaan telah mengeluarkan perintah bahawa McDonald tidak dibenarkan memberi keterangan sebagai pakar selepas memutuskan keterangan McDonald tidak boleh diterima.

Beliau berkata, mahkamah berkenaan memutuskan tidak terdapat bukti mencukupi untuk menyakinkan kepada mahkamah itu (di Australia) bahawa McDonald ialah seorang pakar DNA dan genetik molekular.
Bagaimanapun, McDonald mempertahankan dirinya dengan menyatakan Mahkamah Rayuan telah menukar keputusan itu kemudiannya selepas rayuan.

Kepada soalan Mohamed Yusof bahawa mahkamah di Australia itu telah memberikan komen serius mengenai kepakarannya, McDonald menjawab terpulang kepada hakim untuk memberikan pendapatnya. — Bernama


Blog Papa Gomo hari ini mendedahkan klip video berwarna yang didakwa menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki lif sebuah pangsapuri tempat ketua pembangkang itu melakukan hubungan seks dengan seorang perempuan warga China.

Rakaman berdurasi selama 47 saat itu dimuat naik hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai diperoleh dari pangsapuri berkenaan.

Dalam klip itu turut kelihatan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang sebelum ini mengaku bertanggungjawab terhadap pendedahan video hubungan seks melibatkan Anwar dengan wanita tersebut.

Berita lengkap @ Utusan Online

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Malaysia dan Negeri-Negri di Malaysia mengikut Zon untuk tahun 2011M/ 1432H :
  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Johor JAKIM
  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Melaka JAKIM
  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Negri Sembilan JAKIM
  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Selangor JAKIM
  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Perak JAKIM
  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Kedah JAKIM
  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Pulau Pinang JAKIM
  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Kelantan JAKIM
  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Trengganu @ JAKIM
  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Pahang JAKIM
  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Sarawak JAKIM
  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Sabah KULANZSALLEH
  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Perlis JAKIM
  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Labuan JAKIM

SELAMAT BERPUASA SEMUGA AMALAN KITA DITERIMA DAN MENDAPAT REDHA ALLAH SWT.
Sudikan juga singgah :
  • Bazar Ramadhan seluruh Malaysia 2011
  • Buffet Ramadhan Hotel dan Restoran Malaysia 2011

Ada banyak Facebook yang membenci Kerajaan Dan PM DS Najib Razak dengan perkataan yang tak sanggup nak dibaca walaupun ramai yang menulis tu namanya Melayu Islam. Yang bukan Melayu Islam jangan ceritalah memang tak bertapis lansung bicara kata. Itulah akibat pemimpin terlalu memberi muka dengan hanya kata kunci DEMOKRASI.

Majoriti Rakyat 1Malaysia yang tidak suka dengan cara kekerasan dan maki hamun tetapi mereka malas nak layan. Tiba masanya kita meluahkan rasa hati melalui alam maya melalui Facebook tetapi tidak perlu memaki hamun kerana jika kita buat maka tiada bezanya kita dengan mereka itu;

1. Sokong DS Najib Razak sebagai PM Malaysia
2. 1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Kepimpinan DS Najib
3. 1 Juta Rakyat Malaysia Mahu Ambiga Sreenevasan DiBuang Negara

Kekalkan Malaysia dengan keamanan. Zalim, Rasuah, Pilih Kasih, Kronisme, Media tidak Bebas juga ada di Kerajaan Negri PAKATAN. Jadi apa yang bezanya?? Hanya slogan untuk provokasi rakyat biasa bagi menutup segala kepincangan dalam PAKATAN.

Ramai dah tahu satu gerakan di Facebook yang dinamakan 100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation sedang panas dipromosi oleh mereka yang bencikan demokrasi sebenar. Biar mereka dengan gerakan mereka jangan marah-marah dan maki hamun mereka tetapi kenapa kita tidak beri sokongan kepada Facebook Sokong DS Najib Razak sebagai PM Malaysia. Bukan angka yang kita cari tetapi sokongan kepada PM biarpun 1 tetap penghargaan untuk PM yg berkerja kuat untuk memajukan 1Malaysia.


Kepada penyokong 100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation jangan nak marah-marah kalau ada yang tak sokong. Kan Malaysia negara demokrasi yang setiap orang ada hak untuk menyokong sesiapa atas sebab tertentu.

Aku ada buat undian di blog ini untuk melihat apa pandangan pembaca blog ni. Hasil nya memang majoriti sokong Penubuhan Suruhanjaya. Kita lihat perjalanan kisah ini sehingga akhir. Tengok siapa yang kena??

Kepada semua pencari maklumat Pilihan raya DUN Sarawak 2011 sentiasa terus bersama blog 1Malaysia BlogPolitik untuk berita LIVE dari semua sumber Blogger Barisan dan Pakatan.

Kepada Rakyat Sarawak selamat mengundi dan pilihlah pemimpin yang Jujur dan dapat membantu membangunkan Sarawak di  masa ekonomi Sarawak meningkat juga di ketika ekonomi dunia merudum.

Penyebaran video yang disifatkan sebagai langkah awal dalam usaha mencari kebenaran dalam kes itu, hanya sempat bertahan kurang lapan jam sebelum pihak pengurusan YouTube yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat menarik balik penyiarannya atas alasan mengandungi unsur lucah.

Video yang dimuat naik individu yang memakai nama samaran ‘thepowerman’ melalui komputer pelayan di Bangkok, Thailand itu didapati langsung tidak memaparkan aksi lucah kecuali pergerakan tiga individu termasuk salah seorang yang didakwa sebagai pemimpin pembangkang dalam sebuah bilik.

Siapa yang mempengaruhi Youtube untuk menarik balik penyiaran video tersebut?? Pasti manusia sangat berpengaruh di dunia kalau manusia biasa tak mampu tu.

Mungkinkah…????