Salam, 2013 bukan rahsia lagi pasti tahun Pilihan Raya Umum 13 kerana Kerajaan Barisan Nasional akan tamat tempoh pada April 2013.

Sana sini bercakap tentang PRU 13 sehingga ke Mekah dan Madinah.

Dalam undian Ramalan Pilihan Raya Umum 13 yang dilakukan 2012 di SINI menunjukkan 47% memihak kepada PAKATAN.

Menjelang 2013 setelah berbagai perkembangan terkini berlaku kita akan membuat undian baru di SINI untuk melihat apakah pilihan terbaru Rakyat Malaysia.

Apakah pilihan anda BN, PAKATAN atau Belum ada pilihan?

klik SINI untuk membuat pilihan. Undi anda adalah rahsia.

Apabila seorang ahli politik seperti Anwar Ibrahim yang mempunyai cita-cita menggunung untuk menjadi Perdana Menteri maka segala aspek kehidupannya menjadi teropongan rakyat.

Lebih-lebih lagi jika ia mahu menjadi Perdana Menteri kepada sebuah negara Islam seperti Malaysia yang memperakui Islam sebagai agama persekutuan serta majoriti rakyatnya pula adalah penganut agama Islam.

UNDI PRU 13 ANDA UNTUK PARTI MANA? KLIK SINI UNTUK BUAT PILIHAN


Maka kriteria untuk mana-mana calon Perdana Menteri akan menjadi bertambah ketat dan telus.

Bukan sahaja beliau perlu mempunyai ketokohan dan sifat kepimpinan yang kukuh serta mantap tetapi juga perlu melepasi ujian moral dan akhlak yang tersemat dalam ketinggian nilai-nilai agama yang luhur dan murni.

Anwar yang sejak dahulu tidak pernah sesekali menyembunyikan hasrat dan desakan kalbunya untuk memimpin Malaysia bukan sahaja tidak terkecuali daripada penilaian rakyat yang bakal dipimpinnya tetapi juga ujian kelayakan dari sudut agama.

Kini Anwar bakal menghadapi satu lagi proses perundangan di mahkamah dalam perbicaraan kes saman beliau terhadap bekas rakan permainan tenisnya, Senator S. Nallakaruppan yang didakwa telah memfitnah bekas Timbalan Perdana Menteri itu terbabit dalam aktiviti biseksual.

Anwar dan tuduhan salahlaku seks samada di luar tabii atau sebaliknya bukanlah baru.

Bermula dengan perbicaraan tahun 1998 yang mensabitkan beliau dengan kesalahan atas jenayah liwat dan salahguna kuasa, Anwar telah melalui satu lagi perbicaraan jenayah liwat pada tahun 2008, kali ini membabitkan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Kes kali ini antara Anwar dan Nalla adalah berbentuk sivil, bukannya konspirasi politik membabitkan pemimpin atasan UMNO seperti yang gemar diwar-warkan oleh beliau dan diperpanjangkan oleh kuncu-kuncunya di pentas-pentas politik.

Kesnya adalah mudah; Anwar berasa dakwaan bekas kroninya itu adalah bersifat fitnah dan tohmahan bagi mencemarkan imej beliau sebagai Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum PKR lalu mengambil langkah untuk menyaman Nalla.

Yang menarik perhatian Anwar dan mungkin juga ini yang menyebabkan beliau tidak lena tidur saban malam ialah 10 nama yang telah disenaraikan oleh pihak peguambela Nalla.

Antara nama tersohor yang tercatat dalam senarai saksi yang bakal dipanggil oleh peguambela Nalla ialah Shamsidar Taharin, satu nama yang sebati dan sinonim dengan perbicaraan tahun 1998.

Shamsidar adalah isteri kepada Azmin Ali, bekas Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri dan kini menduduki jawatan orang nombor dua dalam PKR sebagai timbalan presiden.

Shamsidar sekian lama telah berjaya mengelak daripada dirinya terseret dalam drama skandal seks membabitkan Anwar tetapi kali ini nampaknya usaha beliau untuk terus mengelak mungkin sudah sampai ke penghujung jalan.

Sejak 14 tahun lalu nama Shamsidar, isteri kepada Anwar sering dikaitkan sebagai individu yang pernah menjadi mangsa kerakusan seks Anwar tetapi dakwaan ini tidak pernah dapat dibuktikan. 

Malah isteri Anwar, Dr Wan Azizah Ismail juga menutup rapat mulutnya daripada memberi sebarang komen atau penjelasan walaupun didesak, ditekan dan diasak oleh kawan dan lawan.

Mungkin Dr Wan Azizah sebagai isteri yang setia hanya mampu memendam hati dan perasaan demi menyelamatkan mada depan dan karier politik suaminya.

Ini kerana tuan empunya badan iaitu Shamsidar tidak pernah membuka mulut samada untuk menafikan tuduhan berat itu apatah lagi untuk mengiyakannya.

Bagi rakyat yang selama ini ternanti-nanti untuk mengetahui kedudukan sebenar dan juga kebenaran disebalik misteri Anwar-Shamsidar sudah tentunya menunggu perbicaraan yang bakal menjelang dengan penuh debaran.

Agak lucu apabila media melaporkan PKR akan menganjurkan Himpunan Shamsidar bagi menghalang isteri Azmin itu mengambil tempatnya sebagai saksi apabila tiba masa perbicaraan kelak.

Mungkin penyokong PKR menjangka perbicaraan yang melibatkan bos mereka kali ini akan menjadi hebat dan sensasi daripada perbicaraan liwat kedua.

Namun parti yang kononnya mendokong dan sering melaung-laung di jalanan untuk menegakkan keadilan kini menjadi golongan yang sama untuk memusnahkan institusi keadilan apabila kepentingan mereka terancam.

Adakah pihak pembangkang bermimpi bahawa para hakim di negara ini mudah untuk ditakut-takutkan dengan demonstrasi ataupun perhimpunan demi melindungi kepentingan seorang yang terbabit dengan pelbagai dakwaan kepincangan akhlak dan moral?

Jika benar Anwar adalah manusia ‘suci’ dan ‘maksum’ yang diyakini oleh penyokong PKR, maka usahlah gundah dan gulana menghadapi perbicaraan yang bakal menjelang.

Sudah tentu ‘kesucian’ dan ‘kemaksuman’ diri Anwar akan terserlah jua sekiranya beliau di pihak yang benar!

Maka janganlah dilayan sangat desas desus bahawa perbicaraan ini adalah satu lagi konspirasi politik berpanjangan untuk meranapkan impian Anwar menjadi Perdana Menteri tetapi anggaplah masa untuk mengangkat tirai kebatilan sudah tiba. Sumber Pisau.net

Budget 2013 sudah .. banyak insentif kepada semua peringkat warga Malaysia.

PAKATAN semakin agresif menyerang Budget 2013.

PAKATAN akan menganjurkan BERSIH 4.0 untuk menentang BR1M 2.0.

Maknanya tanda-tanda PRU 13 semakin dekat.

Untuk mengetahui Berita Politik Terkini Malaysia jooom join

https://www.facebook.com/PolitikTerkiniMalaysia

Jangan lupa kongsikan juga apa juga berita politik Malaysia yang anda ada.

Petikan dari Blog Papagoma : Gomo baru mendapat maklumat bahawa petang tadi ada laporan Polis telah dibuat keatas Dato Seri Anwar Ibrahim oleh seorang Mahasiswa dari Utara yang menyatakan beliau telah diliwat Oleh Pemimpin PKR pada malam sebelumnya.

Tidak diketahui sama ada laporan tersebut benar ataupun sebaliknya namun yang pasti semua Kedutaan dalam Malaysia diminta untuk tidak melindungi Anwar Ibrahim jika beliau bertindak menyembunyikan diri sepertimana kes liwat yang terdahulu.


Laporan Polis oleh Mahasiswa itu dibuat di Balai Polis Negeri belah Utara. Sama sama kita nantikan apa perkembangan selanjutnya.

Arah semua kedutaan tutup pintu pagar terutama Kedutaan Turkey!!!

Mengikut sumber blog ini berikut adalah senarai lengkap kabinet bayangan PR :

Prime Minister: Anwar Ibrahim (PKR, Permatang Pauh MP)

1. Deputy Prime Ministers:
a. Lim Kit Siang (DAP, Ipoh Timur MP)
b. Abdul Hadi Awang (PAS, Marang MP)
c. One seat for either a Sabahan or a Sarawakian who will be looking after East Malaysian affairs. (There are names of candidates but this columnist was instructed not to reveal it.)

2. Finance Ministry:
a. Tony Pua (DAP, Petaling Jaya Utara MP)
b. Rafizi Ramli (PKR, currently not a MP, will contest in the coming polls)
c. Nizar Jamaluddin (PAS, Bukit Gantang MP)

3. Education Ministry:
a. Dzulkefly Ahmad (PAS, Kuala Selangor MP)
b. S Kulasegaran (DAP, Ipoh Barat MP)
c. Chong Eng (DAP, Bukit Mertajam MP)

4. Home Ministry:
a. Azmin Ali (PKR, Gombak MP)
b. Mahfuz Omar (PAS, Pokok Sena MP)
c. M Manogaran (DAP, Teluk Intan MP)
(Knowledge and expertise can also be gained by consulting PAS member Fauzi Shaari, retired from CID, Bukit Aman.)

5. Defence Ministry:

a. Dr Hatta Ramli (PAS, Kuala Krai MP)
b. Liew Chin Tong (DAP, Bukit Bendera MP)
c. Tian Chua (PKR, Batu MP)
(Knowledge and technical know-how can be gained from PAS member First Admiral (retired) Mohamad Imran Abd Hamid.)

6. Law Ministry:
a. Karpal Singh (DAP, Bukit Gelugor MP)
b. Gobind Singh (DAP, Puchong MP)
c. William Leong (PKR, Selayang MP)
d. R Sivarasa (PKR, Subang MP)
e. Hanipa Maidin (PAS, non-MP who acts for PAS on many legal matters)

7. Health Ministry:
a. Dr Lee Boon Chye (PKR, Gopeng MP)
b. Dr Tan Seng Giaw (DAP, Kepong MP)
c. Dr Siti Mariah Mahmood (PAS, Kota Raja MP)
d. Dr Michael Jeyakumar (PSM, Sg. Siput MP)

8. Transport Ministry:
a. Khalid Samad (PAS, Shah Alam MP)
b. Tan Kok Wai (DAP, Cheras MP)
c. Baru Bian (state assemblyman for Ba’Kelalan)
Baru Bian can look into improving transport into the interiors of Sarawak.

9. International Trade and Industry Ministry:
a. Khalid Ibrahim (PKR, state Assemblyman for Ijok, Selangor Menteri Besar)
b. Teresa Kok (DAP, Seputeh MP)
c. Husam Musa (PAS, state assemblyman for Salor)

10. Agriculture Ministry:

a. Salahuddin Ayub (PAS, Kubang Kerian MP but this time will be leaving Kelantan to contest in Johor)
b. Ng Suee Lim (DAP, state assemblyman for Sekinchan, he champions the padi farmers)
(For Felda matters, Mazlan Aliman of PAS is at the forefront in fighting for the rights of the settlers and highlighting Felda issues.)

11. Foreign Ministry:

a. Kamarudin Jaffar (PAS, Tumpat MP)
b. Lim Guan Eng (DAP, state assemblyman for Ayer Puteh, Penang Chief Minister)
c. Elizabeth Wong (PKR, state assemblyman for Bukit Lanjan)

12. Federal Territories and Urban Wellbeing Ministry:
a. Lim Lip Eng (DAP, Segambut MP)
b. Nurul Izzah Anwar (PKR, Lembah Pantai MP)

13. Environment Ministry:
a. Fuziah Salleh (PKR, Kuantan MP)
b. Che Rosli Che Mat (PAS, Hulu Langat MP)
c. Nga Kor Ming (DAP, Taiping MP)

14. Women Ministry:
a. Zuraida Kamaruddin (PKR, Ampang MP)
b. Fong Po Kuan (DAP, Batu Gajah MP)
c. Siti Zailah Mohd Yusof (PAS, Rantau Panjang MP)
Currently, Prime Minister Najib Tun Razak is in charge of this ministry. Is there no capable woman in BN who can take over this post from Sharizat Abdul Jalil who stepped down on April 8?

15. Race Relations and Inter-Faith Dialogue Ministry:
a. Nik Aziz Nik Mat (PAS, state assemblyman for Chempaka, Kelantan menteri besar)
b. Mujahid Yusof Rawa (PAS, Parit Buntar MP)
c. Mohd Nur Manuty, (PKR, at the moment not an MP)
d. Ngeh Koo Ham (DAP, Beruas MP)
e. V Sivakumar (DAP, state assemblyman for Tronoh)

The Ministry for Race Relations and Inter-Faith Dialogue will be a place for discussions on thorny issues so that solutions can be sought without acrimony. (klik di sini untuk sumber).

Rumusan :
22 Menteri/Timbalan Menteri Melayu
17 Menteri/Timbalan Menteri Cina
8   Menteri/Timbalan Menteri India

Rumusan Pecahan Parti
PKR : 13 Jawatan
PAS : 15 Jawatan
DAP : 18 Jawatan



Nota : Kelihatan wakil PAS hampir semua dari mereka yg Pro Anwar dan Jumlah terbanyak adalah dari DAP … macam tak mewakili nisbah penduduk je.

Anwar Ibrahim
Benar Atau Fitnah??? Ada Telinga, Ada Mata, Ada OTAK!!!
Cakap tak GUNA.. Tembak tak KENA..
Fikirkanlah sendiri, Kajikanlah sendiri, Nilaikahlah sendiri…

Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid, bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki, berhubung dengan pengendalian akaun-akaun sejumlah RM3 bilion yang beliau percaya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Abdul Murad dalam satu kenyataan hari ini yang diperolehi oleh Bernama mengesahkan bahawa beliau pernah membuat akuan bersumpah pada tahun 1999 berhubung dengan pengendalian akaun-akaun itu. 
    
Bagi menjawab pertanyaan-pertanyaan dari akhbar baru-baru ini, Abdul Murad berkata: “Saya telah memberi keterangan-keterangan yang diminta oleh pihak berkuasa. 
    
“Dan saya juga bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki.” 
    
Dalam pendedahannya pada kira-kira 13 tahun lepas itu, Abdul Murad dilaporkan mendakwa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion. 

Pelbagai pihak terutamanya di kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan mendesak Anwar memberi penjelasan berhubung dakwaan Abdul Murad itu. Sumber Malaysiakini.

Pernah dengar juga gosip daripada beberapa orang kuat DSAI katanya DSAI ada proxy di Kemboja dan Indonesia yg nilainya ratus-ratus juta. Hanya DSAI dan proxy beliau sahaja yang tahu.
Talk of defections by at least two Sabah Barisan Nasional MPs appears to be fizzling out.

An announcement was widely speculated to be made at a Pesta Kaamatan function organised by Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) in Kota Belud Sunday afternoon.
However, it did not materialise as expected around 4pm.
Continuous rain from early morning put a damper on the event as well as the speculations.
Tuaran MP Datuk Wilfred Bumburing, who is Sabah Amanah chairman, was at the event.
Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, who was expected to attend, was a no show as his flight to Kota Kinabalu was diverted to Labuan due to bad weather for nearly three hours.
Umno supreme council member Datuk Seri Lajim Ukin, who is Beaufort MP, did not attend the function.
Bumburing, when contacted, denied the latest round of rumours that have been floating around over the last six months.
“This is an Amanah function, nothing to do with politics. I am not leaving (the Barisan),” he said, in a telephone interview.
Asked if Anwar was supposed to have turned up at the function, he replied that it was not a political event and that anyone could attend.
Anwar, who arrived in Kota Kinabalu at about 5.30pm, went directly to attend a Sabah PKR function at a hotel here.
He apologised to the organisers of the Kaamatan celebrations for not being able to attend the function due to the flight diversion.
“Bumburing and I were invited for the function. I could not make it due to the flight diversion,” he said, downplaying the speculations.
Asked if Bumburing was joining PKR, he replied: “You should ask him.”
Some 20 flights into Kota Kinabalu were diverted to Labuan and Brunei earlier today due to inclement weather. Thestar.com.my
Ibubapa hantar sekolah untuk belajar dah abis belajar berjuanglah sepuasnya. Banyak wang rakyat diabiskan untuk menghasilkan seorang gradual di Malaysia tapi mamaat ni tak pernah sedar. Kalau banyak sangat duit pergilah belajar kat swasta tak payah menghabiskan duit Kerajaan.

Sumber Harian Sinar : SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) menggantung pengajian penuntut jurusan undang-undangnya, Khalid Mohd Ismath, yang dibicarakan pagi tadi oleh lembaga tatatertib, selama tiga semester bermula sesi akademik September ini.

Khalid, 22  dibicarakan antara lain berkaitan dengan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Sayang PR tidak mengambil kesempatan untuk membuktikan kehebatan apabila PTPTN dibekukan utk KUIS dan UNISEL tetapi mengambil kesempatan meludah Kerajaan yg tanpa disedari meludah diri sendiri. Memang bukan mudah nak melaksanakan tapi senang nak buat janji.

Sumber Malaysiakini : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengambil keputusan untuk menarik balik arahan pembekuan pemberian pinjamannya kepada siswa Universiti Selangor dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).