Salam, sebelum ini survey PRU13 telah dijalankan oleh sebuah blog dengan keputusan PR mendahului dgn 58% berbanding BN hanya 30%. Keputusan boleh dilihat di SINI.

Survey yang salam telah dilancarkan malam tadi di sebuah fanpage yang mempunyai lebih 1 juta follower tetapi ketika entri ini ditulis pada jam 9 am, 3/5/2013 keputusan sangat mengejudkan daripada lebih 1300 responden hanya 480 berpihak kepada PR dan selebihnya kepada BN. Manakala beratus-ratus komen memihak kepada BN.
Saksikan keputusan survey di SINI. 
Adakah ini pertanda BN follower sudah semakin berani menzahirkan pendirian yg selama ini disembunyikan???

Satu lagi survey bersekala kecil di SINI.

SENARAI PENUH CALON PARLIMEN PRU13
Pejabat Perdana Menteri (PMO) petang ini menafikan sebarang penglibatan berhubung dakwaan pakatan rakyat bahawa rakyat Malaysia dan juga warga asing diterbangkan ke semenanjung untuk mengundi pada pilihan raya umum, Ahad ini.

Dalam satu kenyataan ringkas, seorang jurucakap kerajaan berkata: “Pejabat Perdana Menteri menafikan sebarang pembabitan berhubung penerbangan seperti ini.”

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah bertungkus lumus memastikan bahawa sistem pilihan raya lebih kukuh daripada sebelum ini, dan pilihan raya adalah bebas dan adil.”

Pada satu sidang media pagi tadi, Pakatan Rakyat (PR) mendakwa Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan SPR terlibat dengan peningkatan kemasukan warga asing  beramai-ramai yang mempunyai status yang meragukan ke Semenanjung.

SENARAI PENUH CALON PARLIMEN PRU13
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mendakwa, terdapat seramai 4,500 warga asing dibawa dengan penerbangan khas setiap hari dengan 16 penerbangan bermula 25 April lalu ke Sabah dan Sarawak.

“Warga asing itu telah berlaku dan dikhuatiri berlarutan sehingga hari pengundian 5 Mei ini,” dakwanya pada sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Dakwanya lagi, PR juga mendapat maklumat bahawa pekerja asing dari Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar juga dibawa masuk melalui Bukit Kayu Hitam manakala warga Indonesia melalui Pelabuhan Klang.

Beliau berkata, lonjakkan kemasukan warga asing dan individu-individu tersebut dikhuatiri akan menjadi pengundi kepada calon Barisan Nasional (BN), Ahad ini.

“Kita telah terima maklumat penerbangan itu telah diaturkan oleh JPM melalui surat yang ditandatangani oleh menteri.

“Kita ada rekod video, gambar sebagai bukti dan dokumen untuk menyokong dakwaan kita termasuk jadual penerbangan tempahan khas ini,” dakwanya lagi.

sumber – sinar harian
Pada April 2012,  setelah beberapa bulan keputusan Kes Liwat saya di Mahkamah Tinggi, saya telah diberi kesempatan oleh Allah SWT ke Tanah Suci menunaikan Umrah bersama Arwah nenek. Alhamdulillah, semasa disana, saya peroleh semula kekuatan dan ketenangan. Maklumlah, pada Januari 2012, selepas keputusan kes saya diputuskan, saya berasa amat lemah dan tertekan.

SENARAI PENUH CALON PARLIMEN PRU13

Beberapa hari sebelum saya pulang, selepas Zohor, saya melakukan tawaf sunat, Solat Taubat dan Istiharah, saya mohon pada Allah petunjuk mengapa saya dijemput lagi untuk ke Tanah Suci?, sedangkan saya baru sahaja menunaikan Haji bersama Arwah Nenek pada November 2010.

Selepas sahaja Solat Fardhu Zohor, hati saya begitu terpanggil untuk melepaskan segala luka dan perit didalam hati saya, dengan melafazkan sumpah di hadapan Baitullah. Saya pun terus ke Kawasan Multazam(Pintu Kaabah), lalu melafazkan dan merakamnya sendiri.
SAKSIKAN VIDEO DI SINI
Pas, komponen Pakatan Rakyat (PR) yakin boleh menguasai 54 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan pusat, kata Naib Presidennya, Datuk Husam Musa, hari ini.

Menurut beliau, ia tambahan kepada 23 kerusi Parlimen yang disandang sekarang.

Kata Husam, pihaknya juga yakin akan memperoleh kemenangan tujuh kerusi tambahan, diyakini dimilik Pas ekoran sokongan ditunjukkan oleh pengundi Cina kepada calon parti berteraskan Islam itu.

“Kita ada lima kerusi panas yang akan dimiliki Pas termasuk Kuala Kangsar, Tasek Gelugor, Sepang, dan Dungun.

SENARAI PENUH CALON PARLIMEN PRU13
“… saya tak boleh sebut semua kerusi takut Barisan Nasional (BN) pergi buat kajian pula.

“…pengundi Cina bertambah di tahap maksimum di Sungai Besar, Selangor,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Husam yang juga calon kerusi Parlimen Putrajaya berkata, kerajaan PR boleh memerintah negara sama seperti kerajaan BN yang berteraskan Islam dan Melayu.

Namun beliau juga berkata, apa yang membezakannya kerajaan korup atau kerajaan yang bertakwa.

“Kita akan pimpin negara berteraskan Melayu-Islam apa yang beza PR dan BN, takwa atau korup, adil atau rasis?” katanya.

Pengundian PRU13 berlangsung Ahad ini.
Sumber – Sinar Harian

SHAH ALAM – Peguam PKR,  R Sivarasa mengesahkan makluman mengenai penahanan blogger Milo Suam malam tadi dan ketika ini pihaknya sedang berusaha mendapatkan maklumat daripada pihak polis sebelum dapat mengambil tindakan selanjutnya.

“Barisan peguam sedang cuba mendapatkan respons dari pihak polis pagi ini sebelum bincang langkah seterusnya yang perlu diambil.

SENARAI PENUH CALON PARLIMEN PRU13

“Saya akan maklumkan perkembangan mengenai perkara ini sejam lagi,” jawab beliau ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.

Sementara itu, satu kenyataan ringkas oleh Biro Komunikasi PKR lewat malam tadi memaklumkan penahanan Milo Suam atau nama sebenarnya Yusuf Al Siddique Suratman, 29, oleh pihak polis dan dibawa ke Bukit Aman.

Menurut kenyataan media itu juga, pihak polis juga berada di hadapan Ibu Pejabat Keadilan di Merchant Square, Petaling Jaya.

Sebelum ini dua laporan polis dibuat terhadap pengendali blog Milo Suam yang sebelum ini menyiarkan artikel dan gambar mendakwa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengundi lebih awal dari tarikh sepatutnya.

Laporan itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sumber – Sinar Harian

Dalam perkembangan mengejutkan menjelang hari mengundi 5 Mei, Azlan Mohd Lazim hari ini meminta maaf kepada anaknya, Saiful Bukhari, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana telah mendakwa dia telah dipergunakan oleh pihak tertentu, pada satu sidang media 8 Mac lalu.

Azlan berkata permohonan maaf itu dibuat atas kesedaran dan keterlanjuran beliau mengkhianati anaknya, bukannya kerana desakan mana-mana pihak berkepentingan politik.

“Kepada seluruh ahli keluarga saya terutamanya ibu saya, adik-beradik saya, keluarga arwah ibu Saiful dan lebih-lebih lagi anak saya yang telah saya khianati, Saiful Bukhari, saya ingin memohon ampun dan maaf yang tidak terhingga kerana tindakan saya telah membuat keputusan yang salah,” katanya kepada pemberita pada sidang media tergempar di sebuah hotel di sini, hari ini.

Beliau juga menarik balik permohonan maafnya kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim awal Mac lalu, yang menafikan kelakuan jenayah pemimpin itu terhadap anaknya.

Sebaliknya beliau mempertahankan pendirian semasa membuat sumpah laknat bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu terlibat dalam kejadian liwat dan beliau mengakui ia bukan satu konspirasi politik untuk menjatuhkan pemimpin itu.

SENARAI PENUH CALON PARLIMEN PRU13

Dalam pada itu, Azlan juga menarik balik semua kenyataannya termasuk pada majlis ceramah di Pulau Pinang dan Sungai Petani, Kedah pada 23 dan 24 Mac lalu yang menyatakan anaknya dipergunakan oleh pihak tertentu.

“Salah seorangnya Khairil Anas Jusoh untuk memfitnah DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dalam kes liwat 2008.

“Dengan kenyataan akhabr ini diharap dapat menyelesaikan kekeliruan yang timbul daripada kenyataan saya sebelum ini.

“Keutamaan serta tanggungjawab saya pada ketika ini adalah kembali kepada anak saya seperti sedia kala dan hidup dalam keadaan harmoni,” jelasnya.

Sementara itu, Azlan turut mengumumkan beliau keluar PKR berkuat kuasa serta-merta.

“Saya akan mengemukakan notis keluar parti (PKR) selepas ini, masuk keluar parti itu perkara biasa, ramai juga ahli parti pembangkang buat begitu.

“Sekarang saya rasa lega lepas keluar parti, dapat tidur lena kerana tindakan sebelum ini telah sulitkan keluarga,” katanya sambil menafikan keputusan keluar PKR itu disebabkan kekangan dalam parti itu.


Sumber – Sinar Harian
Video dari Juresalem mendoakan perubahan Kerajaan Malaysia untuk tatapan Rakyat Malaysia yg sedang terfikir-fikir memilih yang mana satu.

SENARAI PENUH CALON PARLIMEN PRU13

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kepada pencinta kebesaran Allah SWT pada pagi 26/4/2013 akan berlaku fenomena Gerhana Bulan Separa dan berpeluang juga menyaksikan kehebatan Planet Zuhal. Gerhana bulan berlaku apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Gerhana Bulan akan berlaku beberapa kali setiap tahun dengan fenomena yang berbeza.
Screen Shot 2013 04 25 at 11.56.54 AM Gerhana Bulan Separa dan Planet Zuhal
Pada awal pagi hari Jumaat 26 April 2013 nanti, Bulan akan memasuki kawasan bayang-bayang bumi, lalu berlakulah gerhana bulan separa. Namun kali ini, ia akan bergerak di sempadan kawasan antara bayang-bayang umbra (gelap) dan penumbra (kurang gelap). Secara rasminya, Bulan akan masuk ke kawasan penumbra bermula pada jam 2.03 AM. Tetapi berdasarkan pengalaman sebelum ini, memang sukar untuk dilihat perbezaan dengan mata pada ketika ini.
Screen Shot 2013 04 25 at 11.56.21 AM Gerhana Bulan Separa dan Planet Zuhal
Apa yang perlu ditumpukan ialah ketika Bulan memasuki kawasan umbra, yang bermula pada jam 3.54 AM. Di sinilah kita akan dapati ia kelihatan ‘sompek’ sedikit. Kesompekan Bulan ini akan berterusan sehinggalah ia keluar dari kawasan umbra, pada jam 4.07 AM. Jika rajin, tunggulah sehingga 6.11 AM, yang masa pada saat itu, Bulan secara rasminya sudah keluar terus dari kawasan bayang-bayang penumbra.
Informasi Gerhana Bulan Separa juga boleh di baca di SINI.
Banyak aktiviti yang akan berlansung di seluruh negara sempena Gerhana Bulan Separa untuk menyegarkan ingatkan kita kepada kebesaran Allah SWT.
1. Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) akan menyediakan beberapa buah teleskop untuk orang awam menyaksikan Gerhana Bulan Separa ini. Orang ramai dijemput hadir ke program tersebut pada 26 April 2013, jam 3.00 pagi hingga 6.00  pagi di Planetarium Negara. Masuk adalah percuma. Selain daripada Gerhana Bulan Separa, anda juga berpeluang menyaksikan Planet Zuhal menerusi teleskop sekiranya cuaca mengizinkan.
2. CERAMAH SEMPENA GERHANA BULAN SEPARA
Tarikh : 25 April 2013 (Khamis)
Masa : 8.00 malam – 9.00 malam
Tempat : Dewan Solat Utama, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin(MTMZA)
3. SOLAT SUNAT SEMPENA GERHANA BULAN SEPARA (Solat & Khutbah gerhana)
Tarikh : 26 April 2013 (Jumaat)
Masa : 4.00 pagi
Tempat : Dewan Solat Utama, MTMZA
Cara Solat Sunat Gerhana Bulan/Kusuf di SINI.
Rasulullah SAW bersabda yang ertinya :
Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut, hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada pandangan” – (HR. Bukhari dari Abi Barkah)
Nota : Kepada yang ada akaun FB dan Twitter sebarkan kepada rakan-rakan manalah tahu jadi asbab untuk mereka laksanakan solat sunat khusuf.
Dapatkan maklumat terbaru dan keputusan PRU13 melalui SMS. Hantarkan ON PRU E (B. Inggeris) atau ON PRU M ( B. Malaysia) ke 33966 untuk melanggan.
Senarai Calon PRU13 Parlimen Sarawak

  • P 192 – Mas Gading – Nogeh Gumbek (BN), Patrick Anek Uren (STAR), Mordi Bimol (DAP), Tekhee (BEBAS)
  • P 193 – Santubong – Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN), Affendi Jeman (BEBAS), Zulrusdi Mohamad Hol (PKR), Mura Kadir (STAR)
  • P 194 – Petra Jaya – Ahmad Nazib Johari (PKR), Fadillah Yusof (BN)
  • P 195 – Bandar Kuching – Chong Chein Jen (DAP), Tan Kai (BN)
  • P 196 – Stampin – Dr Tang Sie Hing (DAP), Yong Khoon Seng (BN), Soo Lina (STAR)
  • P 197 – Kota Samarahan – Abang Ahmad Kerdee (KEADILAN), Rubiah Wang (BN)
  • P 198 – Mambong – Willie Monggin (KEADILAN), Dripin Sakoi (STAR), James Dawos Mamit (BN)
  • P 199 – Serian – Richard Riot (BN), Edward Andrew Luwak (DAP), Johnny Aput (STAR)
  • P 200 – Batang Sadong – Mohd Jolhi (PAS), Nancy Shukri (BN)
  • P 201 – Batang Lupar – Zulkifli Abang Engkeh (KEADILAN), Rohani Abdul Karim (BN)
  • P 202 – Sri Aman – Nicholas Mujah (KEADILAN), Masir Kujat (BN), Wilfred Stephen (SWP), Donald Lawan (BEBAS)
  • P 203 – Lubok Antu – Nicholas Bawing Anggat (KEADILAN), Nyalau Badak (BN), Larry Sng (SWP)
  • P 204 – Betong – Douglas Unggah (BN), Cecilia Siti Una (PKR)
  • P 205 – Saratok – Ali Biju (KEADILAN), Rosli Lek (BEBAS), William Ikom (BN)
  • P 206 – Tanjong Manis – Jurina Mut (PAS), Norah Abd Rahman (BN)
  • P 207 – Igan – Abdulah Wahab Dolah (BN), Ajiji Fauzah (PAS)
  • P 208 – Sarikei – Ding Kuong Hiing (BN), Andrew Wong Lin Biu (DAP)
  • P 209 – Julau – Andy Wong Hong Yu (KEADILAN), Wong Judat (SWP), Joseph Salang Gandum (BN)
  • P 210 – Kanowit – Thomas Laja (KEADILAN), Ellison Ludah Muyan (SWP), Ago Dagang (BN)
  • P 211 – Lanang – Tiong Thai King (BN), Alice Lau Kiong Yieng (DAP)
  • P 212 – Sibu – Oscar Ling Chai (DAP), Lau Lee Ming (BN), Narawi Haron (BEBAS)
  • P 213 – Mukah – Sylvester Ajah Subah (BEBAS),Hai Merawin (DAP), Muhamad Leo Michael Toyad (BN)
  • P 214 – Selangau – Joshua Jabeng (KEADILAN),  Joseph Entulu Belaun (BN), Sng Chee Hua (SWP)
  • P 215 – Kapit – Alexander Nanta Linggi (BN), Ramli Malaka (DAP)
  • P 216 – Hulu Rajang – Abun Sui Anyit (KEADILAN), George Lagong (SWP), Ugak Kumbong (BN)
  • P 217 – Bintulu – Tiong King Sing (BN), John Brian Anthony (DAP)
  • P 218 – Sibuti – Mohamad Zaid Tandang (PAS), Ahmad Lai Bujang (BN)
  • P 219 – Miri – Sebastian Ting (BN), Michael Teo Yu Keng (PKR), Chong Kon Fatt (STAR)
  • P 220 – Baram – Ronald Engan (KEADILAN), Anyi Ngau (BN), Patrick Sibat Sujang (BEBAS)
  • P 221 – Limbang – Baru Bian (KEADILAN), Hasbi Habibollah (BN)
  • P 222 – Lawas – Baru Langup (DAP), Henry Sum Agong (BN), Alirahman Kamseh (STAR)
SENARAI PENUH CALON PARLIMEN BN, PKR, PAS DAN DAP