Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, Menerusi Bajet 2014, kadar pemberian BR1M 3.0 telah dipertingkatkan dan diperluaskan.
  • Bagi isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan kebawah, kadar pemberian dipertingkatkan kepada RM650.
  • Isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 hingga RM4,000 turut menerima BR1M pada kadar RM450.
  • Bagi individu bujang yang bekerja dan berpendapatan bulanan RM2000 dan kebawah, layak menerima bantuan RM300.
Berikut adalah syarat kelayakan dan cara permohonan online BR1M 2014.
KLIK UNTUK MENANG HADIAH RM40,000 DENGAN MUDAH
Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.
Borang Permohonan BR1M 3.0 Secara Online
Muat turun (download) Borang pendaftaran BR1M 3.0 boleh didapatkan dilaman berikut:
http://www.hasil.gov.my/
http://www.treasury.gov.my/
Nota Penting: Setakat ini permohonan BR1M 3.0 secara online masih belum dibuka dan dijangka akan dibuka pada minggu ketiga bulan November 2013. Pihak kami akan maklumkan disini dari masa ke semasa sekiranya borang pendaftaran BR1M 3.0 secara online sudah dibuka kelak.
Sila layari dilaman ini untuk mengetahui Status Terkini pendaftaran borang permohonan dan Syarat BR1m 3.0 2014.
Lebih daripada 27,287 pengundi Sungai Limau akan keluar mengundi untuk memilih wakil mereka pada 4/11/13 bermula jam 8 am sehingga 5 pm. Siapakah pilihan mereka adakah Dr. Ahmad Sohaimi Lazim daripada Barisan Nasional atau Ustaz Mohd Azam Samad daripada PAS.

KLIK NAK MENANG HADIAH RM40,000 DENGAN MUDAH

Mengikut Suruhanjaya Pilihan Raya keputusan pilihan raya kecil Sungai Limau akan diumumkan pada jam 9 pm, 4/11/13. Yang menang atau yang kalah pasti akan ada tanggungjawab yang besar kepada penyokong.

Live Pilihan Raya Kecil Sungai Limau @ Twitter
Tweets about “pilihan raya sungai limau”

Keputusan Pilihan Raya Kecil Sungai Limau (N20)

1. Dr. Ahmad Sohaimi Lazim (BN) : 10998
2. Ustaz Mohd Azam Samad (PAS) : 12105
3. Undi Rosak : 123

Salam, 10/9/13 makamah tinggi akan bersidang untuk mendengar rayuan daripada kerajaan bagi membatalkan kebenaran yang telah diberi oleh makamah kepada The Herald newspaper untuk menggunakan kalimah ALLAH dalam penyiarannya.

Mari kita berdoa semuga kemenangan kepada ISLAM kerana kalimah ALLAH adalah milik ISLAM.

Berita terkini

Tweets about “kalimah ALLAH”

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, negara digemparkan dengan tindakan Sex Blogger Alvin Tan dan Vivian Lee yang mempersendakan bulan Ramadan dengan aksi berbuka puasa dengan hidangan daging khinzir dan logo Halal Jakim. Katanya mereka hanya berjenaka tak sangka pulak mendapat reaksi marah daripada Umat Islam. Dua orang Blogger yang sentiasa mencari publisiti murahan dengan aksi seks sudah hilang rasa sensitif pada agama sehingga tidak lansung rasa bersalah menghina Islam dan menganggap agama sebagai jenaka.

Belum abis kisah Sex Blogger keluar pulak kes empat wanita Islam menyertai pertandingan Ratu Cantik Malaysia 2013. Tak nak buruk sangka tapi melihat nama empat peserta Ratu Cantik Islam tersebut Sara Amelia Muhammad BernardWafa Johanne De KorteKathrina Rizuan dan Miera Sheikh pasti kita boleh bayangkan bahawa mereka bukanlah wanita Melayu terakhir. Bukan setakat peserta malah ramai yang bukan Islam dengan berani mempersoalkan akta melarang wanita Islam menyertai Ratu Cantik yang telah diwartakan pada tahun 1995. Akta sudah diwartakan berbelas tahun tetapi empat peserta ini dengan berani menyertai sepertinya cuba mencabar undang-undang negara dan menghina Islam.

Begitulah nasib Islam yang sering dihina oleh bukan Islam dan lebih malang lagi oleh umat Islam itu sendiri. Kalau sebelum ini kes Selly Yen yang menghina Islam di Facebook begitu juga kes Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang kini menyerang Islam habis-habisan dari pangkalannya di Europe. Itu belum lagi kisah murtad Benjamin Stephen yang menyerang Islam melalui video-videonya di Youtube.
Semakin hari semakin berani manusia-manusia ini menghina Islam tanpa rasa takut dan gementar. Agaknya kenapa? Bagi aku satu jawabannya… kita Islam semakin lemah dan tidak bersatu. Perpecahan terus disemai oleh tangan-tangan ketiga untuk menjadikan Islam terus hancur berkecai dengan berbagai fahaman dan perbezaan pendapat yang tidak ada titik pertemuan. Pemimpin Islam terus bercakaran menegakan kebenaran mengikut ideologi tersendiri yang merapuhkan lagi kesatuan Islam. Semuga ALLAH SWT memberi hidayah kepada mereka yang menghina Islam dan juga memberi hidayah kepada pemimpin Islam untuk bersatu.
Kesiannya Islam… selepas ini siapa lagi yang akan menghina Islam. Baru-baru ini sudah tersiar video anjing menyambut Aidilfitri oleh Chezt Yusof atau nama sebenar Maznah Yusof yang menghina Islam dan khabarnya beliau telah mendapat sokongan di kalangan pemimpin politik.
Kerajaan MESTI mengambil tindakan tegas kepada si penghina walaupun mendapat tentang dari segelintir manusia gila demokrasi sebelum lebih ramai lagi manusia gila berani berbuat sesuka hati menghina Islam kerana mereka tahu mereka akan terlepas begitu sahaja.
Ingatlah sesungguhnya ALLAH SWT tidak berkehendakan manusia tetapi manusialah yang berkehendakan ALLAH SWT. Tiada rugi sezarah pun ALLAH SWT seandainya manusia terus berpecah belah sehingga Islam terus dihina tanpa segan silu tetapi tunggulah bencana yang akan menimpa manusia akibat kezaliman manusia itu sendiri. – sumber
Keberanian Sally Yen menghina Islam adalah kerana umat Islam itu sendiri tidak bersatu dan tidak berani bertindak demi menjaga kuasa politik. Beranikah pemimpin Islam bersuara apabila Islam di hina sebegini rupa .. apa yang berlaku pasti saling salah menyalah antara satu sama lain dan ini menjadikan yang menghina semakin berani.

Apakah tindakan yang kita akan lakukan untuk penghina ini??

Hari pertama persidangan Dewan Rakyat bagi penggal ke-13 bermula kecoh apabila wakil rakyat pembangkang mempersoalkan mengenai proses pengundian bagi memilih Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baru.
Kekecohan mula ditimbulkan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang membangkitkan mengenai keperluan ahli Dewan menulis nama masing-masing di kertas undi.
Katanya berdasarkan Peraturan Mesyuarat 4, ahli Dewan hanya perlu menandatangani kertas undi tanpa perlu menulis nama.
Bagaimanapun Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah tidak mengendahkan bantahan yang ditimbulkan Mahfuz.
“Ahli-ahli Yang Berhormat, ini bukan kali pertama Dewan Rakyat mengadakan pengundian bersurat. Sila teruskan proses mengundi,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin.
Bagaiamanapun jawapan Roosme menimbulkan rasa tidak puas hati wakil rakyat pembangkang.
Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) berkata proses berkenaan sangat memalukan apabila proses pemilihan itu tidak mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
Hari pertama persidangan Dewan Rakyat pada Isnin bermula dengan pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Dua tokoh dicadangkan bagi merebut jawatan berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan Tan Sri Pandikar Amin Mulia, 58 sebagai Speaker Dewan Rakyat mengikut Perkara 57 Perlembagaan Persekutuan.
Cadangan itu disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sementara di pihak pembangkang, Tan Sri Abdul Khalid (PKR-Bandar Tun Razak) mencalonkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Speaker.
Cadangan itu disokong Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).
Keputusan menyaksikan Pandikar Amin menang dengan majoriti 133 undi sementara Abdul Kadir memperoleh 89 undi. – mStar Online
Seperti yang dirancang olehAnwar Ibrahim pengerak Black 505 setelah ditunda perhimpunan Black 505 akan berlansung di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada jam 2 pm walaupun tidak mendapat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Polis. Suasa jerbu teruk yang sedang melanda Malaysia tidak akan menghalang perhimpunan Black 505 yang dijangka akan dihadiri oleh ratusan ribu penyokong Pakatan Pembangkang.


BLACK 505 apa yang berlaku sekarang jom klik SINI.

Aku tetap yakin dengan ketentuan ALLAH seperti dalam surah Al- Baqarah dan Al-Imran bahawa pemimpin sesebuah negara adalah pilihan ALLAH SWT, pemilihan hanya cara ALLAH SWT menyalurkan cara fikir manusia untuk memilih pemimpin yang ALLAH pilih. Berapa juta manusia yang akan datang ke perhimpunan tidak akan dapat mengubah apa-apa melainkan atas kehendak ALLAH SWT.
Pernah terbaca dalam sebuah buku bahawa tidak berlaku sesuatu di atas muka bumi ini walaupun gugurnya sehelai daun kering kalau bukan atas kehendak ALLAH SWT inikan pula pemilihan pemimpin yang sudah jelas difirmankan oleh ALLAH dalam Al Quran seperti firman dalam surah Al-Baqarah, 107 yang bermaksud, “Tidakkah kamu tahu, bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu perlindungan dan penolongan selain allah.“. Allah juga berfirman dalam surah Al-Imran, 26 yang maksudnya, ” Katakanlah (Muhamad) : Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki.
Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin 59, lahir pada tahun 1954 dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 17 Mei 2013. Perlantikan tersebut bagi menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dinaikkan pangkat kepada Ketua Polis Negara pada tarikh yang sama.

Kelulusan
Bakri yang berasal dari Penampang, Sabah, memiliki Diploma Sains Kepolisan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), memulakan perkhidmatan dalam polis pada 6 November 1975 sebagai inspektor percubaan.
Khidmat dalam PDRM 
Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Kudat, Ketua Polis Daerah Sandakan, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Ketua Polis Daerah Cheras dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi.
Bakri juga pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Unit Risikan Jenayah D4 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sebelum dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah pada 2003 dan dua tahun kemudian dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah.
Pada 2006, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan menjadi pengarahnya setahun kemudian. Pada 2008 beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Anugerah 
Pada 2 Februari 2008,Yang di-Pertuan Agong,Sultan Mizan Zainal Abidin mengurniakan Darjah Seri Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri kepada beliau di Istana Negara.Beliau merupakan antara 274 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan ke-35
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan senarai anggota jemaah menterinya, yang disifatkannya sebagai “kabinet berimbang”.

Antara yang menjadi perhatian adalah pelantikan ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin sebagai menteri belia dan sukan serta, pemimpin Hindraf P Waythamoorthy sebagai timbalan menteri di jabatan perdana menteri.


Berikut adalah senarai menteri dalam kabinet yang diumumkan Najib


Perdana menteri: Datuk Seri Najib Razak (Umno)
Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin (Umno)

Jabatan Perdana menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Bahrom (Umno)
Datuk Seri Idris Jala (Senator)
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Senator)
Tan Sri Joseph Kurup (PBRS)
Puan Hajah Nancy Shukri (PBB)
Datuk Joseph Entulu anak Belalun (PRS)
Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)
Datuk Seri Shahidan Kassim (Umno)

Timbalan Menteri di JPM
Datuk Razali Ibrahim (Umno)
P Waythamoorthy (Senator)

Menteri Kewangan 1:
Datuk Seri Najib Tun Razak (Umno)

Menteri Kewangan II

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Umno)

Timbalan Menteri Kewangan:
Datuk Ahmad Maslan  (Umno)                             

Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi:
Menteri I: 
Tan Sri Muhyiddin Yassin (Umno)
Menteri II: 
Datuk Seri Idris Jusoh (Umno)
Timbalan I: 
Datuk Mary Yap Kain Ching (PBS)
Timbalan II: 
P Kamalanathan (MIC) 

Menteri Pertahanan:Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Umno)
Timbalan: 
Datuk Abdul Rahim Bakri (Umno)                                                 
Menteri Dalam Negeri: 
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Umno)
Timbalan: Datuk Wan Junaidi Tunku Jaafar (PBB)

Menteri Pengangkutan:Datuk Seri Hishammuddin (pemangku)(Umno)
Timbalan: Datuk Abdul Aziz Kaprawi (Umno)  

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan:Datuk Seri Nazri Abdul Aziz (Umno)
Timbalan: 
Datuk Joseph Salang Anak Gandum (PRS)

Menteri Luar Negeri:
Datuk Seri Anifah Aman  (Umno)                                           
Timbalan: Datuk Hamzah Zainuddin (Umno)

Menteri Kerja Raya:
Datuk Fadillah Yusof (PBB)
Timbalan: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Umno)

Menteri Kesihatan:
Datuk Seri Dr S Subramaniam (MIC)
Timbalan: Datuk Seri Hilmi Yahaya (Umno)

Menteri Belia dan Sukan:
Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Umno)                                 
Timbalan:
Datuk M Saravanan (MIC)

Menteri Sumber Manusia:Datuk Richard Riot Anak Jaem (SUPP)
Timbalan: 
Datuk Ismail Abd Muttalib (Umno)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan:Datuk Hassan Malek (Umno)
Timbalan: 
Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah (Umno)

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri:Datuk Mustapa Mohamad (Umno)
Timbalan: Hamim Samuri  (Umno)               

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani:

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Umno)
Timbalan: Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Umno)

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi:
Datuk Dr Ewon Ebin (UPKO)
Timbalan: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah (Umno)
                          
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar:Datuk Seri G Palanivel
Timbalan: 
Datuk Dr James Dawos Mamit (PBB)

Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau:Datuk Seri Maximus Ongkili  
Timbalan: 
Datuk Seri Mahdzir Khalid

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah:Datuk Seri Shafie Apdal (Umno)
Timbalan:
 Datuk Alexander Nanta Linggi  (PBB)                

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi:
Datuk Seri Douglas Uggah Embas (PBB)
Timbalan: Datuk Noriah Kasnon (Umno)

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan:Datuk Abdul Rahman Dahlan (Umno)
Timbalan: 
Datuk Halimah Sadique (Umno) 


Menteri Komunikasi dan multimedia:Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Umno)
Timbalan: 
Datuk Jailani Johari (Umno)


Menteri Wilayah Persekutuan: 
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Umno)
Timbalan: Datuk Dr Loga Bala Mohan A/L Jaganathan (Senator)

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat:
Datuk Rohani Abdul Karim (PBB)
Timbalan: Datuk Azizah Mohd Dun (Umno)

Salam, satu Malaysia sedang menunggu sedang media Azmin Ali yg dikatakan tidak berpuas hati dengan Pakatan Rakyat tetapi tidaklah sampi nak keluar parti .