Dengan perkembangan terbaru ini, Khalid akan memohon menghadap Sultan Selangor untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya.
“Sehingga Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan negeri Selangor bersama 4 ahli Exco daripada PAS bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini,” Khalid Ibrahim
Pada mesyuaratnya pagi ini, PAS memutuskan bersetuju dengan pilihan PKR melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid. Parti Islam itu juga turut menyerahkan nama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai nama calon lain untuk diangkat menjadi menteri besar.
Soalnya Adakah rakyat Selangor setuju Wan Azizah jadi MB mereka?
Salam, satu Malaysia sedang menunggu sedang media Azmin Ali yg dikatakan tidak berpuas hati dengan Pakatan Rakyat tetapi tidaklah sampi nak keluar parti .

Salam, setelah tamat PRU13 Kerajaan Negeri telah memilih Menteri Besar dan Ketua Menteri yang baru. Perlis, Kedah, Melaka, Johor dan Kelantan mendapat Menteri Besar baru manakala Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Sabah kekal dengan muka lama. Semua sedang menunggu siapa yang bakal menjadi Menteri Besar Selangor.

Senarai Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri-Negeri di Malaysia

Menteri Besar Perlis : Azlan Man (BN)
Menteri Besar Kedah : Mukhriz Mahathir (BN)
Ketua Menteri Pulau Pinang : Lim Guan Eng (DAP)
Menteri Besar Perak : Zamry Abd Kadir (BN)
Menteri Besar Selangor : Belum diumumkan
Menteri Besar Negeri Sembilan : Mohamad Hassan (BN)
Ketua Menteri Melaka : Idris Haron (BN)
Menteri Besar Johor : Belim diumumkan
Menteri Besar Pahang : Adnan Yaakob (BN)
Menteri Besar Terengganu : Ahmad Said (BN)
Menteri Besar Kelantan : Datuk Ahmad Yakob PAS)
Ketua Menteri Sabah : Musa Aman (BN)

SENARAI RASMI PEMENANG PRU13

TAHNIAH KEPADA PAKATAN RAKYAT KERANA TELAH BERJAYA MEMBENTUK KERAJAAN BARU SELANGOR DAN JADIKAN INI SEBAGAI SATU AMANAH UNTUK MEMBERI KHIDMAT KEPADA RAKYAT.

YANG MENANG BUKAN MENANG SEMUA DAN YANG KALAH BUKAN KALAH SEMUA.

Keputusan Rasmi PRU 13 untuk Kerusi DUN SELANGOR
BN : 12
DAP : 15
PAS : 15
PKR : 14
KEPUTUSAN PENUH PRU13
(DAFTAR UNTUK SEMINAR BUAT DUIT DENGAN BLOG HANYA RM50 Tempat Terhad)

Senarai Calon Parlimen PRU13 Selangor

  • P 092 – Sabak Bernam – Dr Abdul Aziz Bari (KEADILAN), Mohd. Fasiah Mohd Fakeh (BN)
  • P 093 – Sungai Besar – Noriah Kasnon (BN), Mohd Salleh M HUsin (PAS)
  • P 094 – Hulu Selangor – Khalid Jaafar (KEADILAN), P. Kamalanathan (BN), Radzali Moktar (BEBAS), Santhara Kumar (BEBAS)
  • P 095 – Tanjong Karang – Noh Omar (BN), Herman Tino(BEBAS), Mohd Rashid Deraman (PAS)
  • P 096 – Kuala Selangor – Dzulkefly Ahmad (PAS), Irmohizam Ibrahim (BN)
  • P 097 – Selayang – William Leong Jee Ken (KEADILAN), Donald Lim Siang Chai (BN), Mohd Hazizi (BERJASA)
  • P 098 – Gombak – Azmin Ali (KEADILAN), Raman Ismail (BN), Said Nazar (BEBAS)
  • P 099 – Ampang – Zuraida Kamaruddin (KEADILAN), Rozaidah Talib (BN)
  • P 100 – Pandan – Rafizi Ramli (KEADILAN), Garry Lim Chin Yee (BN), Tan Yew Leng (BEBAS)
  • P 101 – Hulu Langat – Adzhaliza Mohd. Nor (BN), Che Rosli Che Mat (PAS)
  • P 102 – Serdang – Ong Kian Ming (DAP), Yap Pian Hon (BN)
  • P 103 – Puchong – Gobind Singh Deo (DAP), A. Kohilan Pillay (BN)
  • P 104 – Kelana Jaya – Wong Chen (KEADILAN), Loh Seng Kok (BN), Toh Sin Wah (BEBAS)
  • P 105 – Petaling Jaya Selatan – Hee Loy Sian (KEADILAN), Seah Kok Fah (BN), Ibrahim Khatib (BEBAS)
  • P 106 – Petaling Jaya Utara – Tony Pua Kiam Wee (DAP), Chew Hoong Ling (BN)
  • P 107 – Subang – Sivarasa Rasiah (KEADILAN), A. Prakash Rao (BN), Edros Abdullah (BEBAS), Mohd Ismail (BERJASA), Nazaruddin (BEBAS)
  • P 108 – Shah Alam – Khalid Samad (PAS), Zulkifli Noordin (BN)
  • P 109 – Kapar – G Manivannan (KEADILAN), A. Sakthivel (BN), Norhamzah (BEBAS), Palaya (BEBAS), Mohd Pathan (BERJASA), Mohd Nazri (BEBAS)
  • P 110 – Klang – Charles Anthony Santiago (DAP), Teh Kim Poo (BN)
  • P 111 – Kota Raja – Siti Mariah Mahmud (PAS), . Murugesan (BN), Uthayakumar (BEBAS), Azman Idrus (BEBAS)
  • P 112 – Kuala Langat – Abdullah Sani (KEADILAN), Sharuddin Omar (BN), Kottappan (BEBAS)
  • P 113 – Sepang – Mohd. Zin Mohamed (BN), Mohd Zin Mohamed (PAS), Suhaimi (BEBAS), Hanapiah (BEBAS)
SENARAI PENUH CALON PARLIMEN BN, PKR, PAS DAN DAP
Akujanji BN Selangor yang diumumkan malam ini menggunakan tema “Keamanan Kestabilan, Kemakmuran” menumpukan kepada enam agenda utama, iaitu:
  1. Masa depan lebih cerah.
  2. Masyarakat lebih prihatin, lebih penyayang.
  3. Kualiti kehidupan lebih selamat dan sejahtera.
  4. Perumahan lebih mampu milik.
  5. Selangor lebih inovatif, lebih daya saing.
  6. Selangor lebih progresif.
  7. Selangor lebih mesra, alam lebih bersih.
Masa depan lebih cerah
  • Bantuan Sara Hidup minimum RM250 kepada ibu tunggal, warga emas, OKU dan rakyat miskin yang layak
  • Klinik Rakyat 1Malaysia di seluruh Selangor dan penubuhan pusat setempat untuk hemodialisis, penyakit kronik dan kesuburan wanita.
  • Naik taraf Taska KEMAS kepada PERMATA
  • Pusat jagaan kanak-kanak dan warga emas di bandar utama
  • Semakan dan penurunan cukai pintu, cukai tanah dan cukai perniagaan yangdinaikkan kerajaan pakatan pembangkang
  • Pengecualian cukai pintu kepada pemilik rumah kos rendah dan rumah PPRyang berdaftar dengan e-Kasih
  • Perkhidmatan pengangkutan awam yang menghubungkan taman perumahan dengan stesen KTM Komuter, LRT dan MRT
  • Kedai Menu Rakyat 1Malaysia di kawasan bandar dan separuh bandar
  • Biasiswa Kecil Yayasan Selangor RM80 sebulan untuk pelajar sekolah rendah dan RM150 untuk pelajar sekolah menengah yang memerlukan
  • Baju seragam sekolah dan beg sekolah percuma kepada pelajar sekolah miskin
  • Kupon pengangkutan ‘Sayangi Selangor’ percuma ke sekolah untuk pelajar miskin yang layak

Masyarakat lebih prihatin lebih penyayang
  • Dana khas aktiviti kemasyarakatan RM5,000 setahun kepada persatuan penduduk, kampung tradisi dan kampung baru
  • Dana khas pengurusan RM5,000 sebulan kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB)berdaftar
  • Mewujudkan Majlis Perwakilan Perbandaran dengan peruntukan RM5,000 setahun
  • Dana khas RM5,000 setahun kepada JK Penduduk Ladang (JKPL)
  • Bantuan peruntukan pengurusan sehingga RM1,000 untuk kelab sosial tempatan berdaftar dan Persatuan Perkhidmatan Awam negeri Insentif sehingga RM5,000 setahun untuk Rukun Tetangga tempatan
  • Bantuan kewangan, pengurusan dan pembangunan sehingga RM5,000 mengikut kadar setara kepada masjid, surau dan rumah ibadat bukan Islam berdaftar
  • Menyedia dan menaiktaraf krematorium yang sistematik dan canggih untuk bukan Islam di semua sembilan buah daerah di Selangor
  • Menyediakan kemudahan WIFI dan Pusat Jalur Lebar percuma untuk komuniti di kawasan strategik seluruh Selangor
  • Menyediakan kemudahan taman tema, pusat rekreasi tempatan dan kemudahan sukan di setiap daerah untuk rakyat terutama golongan sudah berkeluarga

Kualiti kehidupan lebih selamat dan sejahtera
  • Menaiktaraf dan menambah bilangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daripada 12 kepada 14 PBT baharu: Majlis Perbandaran Bangi dan Majlis Perbandaran Kota Raja (Klang Selatan)
  • Bandar dan komuniti selamat (Selangor safe city) di kesemua 14 PBT akan diperluas ke seluruh Selangor menjelang 2020.
  • Meningkatkan infrastruktur keselamatan berintegrasi untuk mencegah jenayah, keselamatan dan bencana.
  • Memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berisiko tinggi berlaku jenayah
  • Menyediakan pasukan Rapid Response Team berkaitan jenayah, kemalangan dan bencana.
  • Pusat Khidmat Rakyat Selangor (PAKAR) di semua 14 PBT untuk bantu permasalahan rakyat dan memperkasa sistem maklum balas kerajaan dan fasilitasi janji Manifesto BN Selangor.

Perumahan lebih mampu milik
  • Kembalikan peranan utama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) untuk menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat Selangor
  • Skim perumahan mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana
  • 25,000 unit Rumah Mesra Rakyat dan PPRT untuk penduduk pinggiran/luar bandar bernilai RM50,000
  • 15,000 unit rumah berkeluasan minimum 850 kaki persegi untuk golongan berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan dengan harga jualan di bawah RM80,000
  • Skim Perumahan Patriot Sayangi Selangor untuk Bekas Tentera, Polis dan Penjawat Awam/agensi kerajaan negeri
  • Perumahan awam dan Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) untuk masyarakat pinggiran/luar bandar dan pekerja ladang
  • Lif, utiliti gunasama dan penyelenggaraan mengecat bagi rumah pangsa PKNS dan rumah kos rendah PPR – perbelanjaan berkaitan akan ditanggung kerajaan negeri
  • Air percuma 20m padu dan membiayai kos menukar meter bekalan air pukal kepada meter individu secara percuma
  • Bantuan baik pulih rumah untuk rakyat miskin di bawah 1MDB
  • Penyelesaian komprehensif untuk perumahan generasi kedua dan ketiga Felda
  • Menyediakan dan menambah bilangan Rumah Transit Rakyat Sayangi Selangor untuk individu bujang dan baru berkeluarga yang baru berhijrah ke kawasan bandar seperti Gombak, Ampang, Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang
  • Pembukaan kawasan baharu petempatan tersusun dengan kemudahan infrastruktur dan bayaran premium minimum di Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjung Karang, Kuala Selangor, Selayang, Klang, Kuala Langat, Hulu Langat, Hulu Selangor dan Sepang.

Selangor lebih inovatif, lebih daya saing
  • Mengembalikan peranan utama Yayasan Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan Universiti Selangor sebagai institusi kecemerlangan pendidikan anak Selangor
  • Peruntukan pembayaran sekaligus sebanyak RM500 bagi setiap kelahiran baharu anak Selangor sebagai deposit awal tabung Skim Simpanan Pendidikan Nasional
  • Biasiswa untuk golongan miskin dan Pinjaman Boleh Ubah sehingga RM80,000 untuk anak Selangor cemerlang ke universiti untuk ijazah pertama
  • Baucar Buku Sayangi Selangor RM200 untuk pelajar Selangor yang menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM
  • Baucar Siswa Sayangi Selangor sebanyak RM1,000 bagi anak Selangor yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPTA bagi kursus Diploma dan RM1,500 bagi Ijazah Sarjana Muda
  • Interaktif Tuisyen Rakyat Sayangi Selangor, tuisyen percuma untuk pelajar UPSR, PMR dan SPM secara dalam talian
  • Meluaskan Kedai Buku 1Malaysia
  • Tabung Khas Pendidikan RM10 juta bagi anak-anak pekerja ladang dan Orang Asli
  • Meneruskan penubuhan UiTM Selangor di Serendah, Hulu Selangor
  • Menubuhkan MRSM Yayasan Selangor untuk anak Selangor yang cemerlang melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah
 Pengukuhan institut pendidikan asas masyarakat
  • Menaiktaraf Sekolah Rendah Agama JAIS dari segi prasarana dan kurikulum pendidikan
  • Semakan semula yuran persekolahan tahunan Sekolah Rendah Agama, Sekolah Agama Rakyat dan Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) sebagai galakan pembentukan sahsiah generasi muda Selangor
  • Menaikkan gaji atau elaun minimum guru SAR, SRA dan KAFA kepada RM1,500
  • Menaiktaraf SRJK (C) dan SRJK (T) terpilih di kawasan-kawasan yang dikenalpasti untuk dijadikan sekolah berprestasi tinggi untuk rakyat Selangor

Selangor lebih progresif
  • Membangunkan Koridor Baharu ‘Selangor Global Logistic Hub’ di kawasan antara Pelabuhan Klang, Kota Raja dan KLIA Sepang, menarik pelaburan asing dan membuka 560,000 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat Selangor
  • Pusat Transformasi Bandar di kesemua 14 PBT bagi menjana ekonomi dan IKS rakyat setempat, sebagai sokongan kepada Selangor Global Logistic Hub
  • Pusat khidmat setempat BISNES SELANGOR untuk mengurangkan kerenah birokrasi berkaitan perniagaan dan industri
  • Skim Mikrokredit Sayangi Selangor: Dana – RM250 juta untuk modal permulaan perniagaan

Selangor lebih mesra, alam lebih bersih
  • Modenisasi pengurusan sampah menggunakan konsep kitar semula dan penjanaan tenaga diperbaharui dengan kaedah baharu
  • Skim Pinjaman Janasuria Sayangi Selangor sehingga RM40,000 bagi rakyat yang ingin menyertai program Feed In Tariff menggunakan Tenaga Solar
  • Program dan Insentif Khas bagi pengurusan tenaga alternatif diperbaharui dan pemeliharaan alam sekitar yang efisien dan mesra untuk rumah, premis perniagaan dan perindustrian
Berikut senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) negeri Selangor yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei ini.

PARLIMEN:
1. Selayang – Datuk Ir. Donald Lim Siang Chai (MCA)
2. Pandan – Garry Lim Chin Yee (MCA)
3. Serdang – Datuk Yap Pian Hon (MCA)
4. Kelana Jaya – Loh Seng Kok (MCA)
5. Petaling Jaya Selatan – Seah Kok Fah (MCA)
6. Petaling Jaya Utara – Chew Hoong Ling (MCA)
7. Klang – Datuk Teh Kim Poo (MCA)
8. Hulu Selangor – P. Kamalanathan (MIC) – Penyandang
9. Kuala Selangor – Datuk Irmohizam Ibrahim (UMNO) – muka baharu
10. Gombak – Raman Ismail (UMNO)
11. Ampang – Dr. Rozaidah Talib
12. Hulu Langat – Adzhaliza Mohd. Nor (UMNO) – muka baharu
13. Puchong – A. Kohilan Pillay (Gerakan) – muka baharu
14. Subang – A. Prakash Rao (MIC) – muka baharu
15. Shah Alam – Zulkifli Noordin (rakan BN)
16. Kapar – Saktivel Alagappan (MIC)
17. Kota Raja – Murugesan Sinnandavar (MIC)
18. Kuala Langat – Sharuddin Omar (UMNO) – muka baharu
19. Sabak Bernam – Mohd. Fasiah Mohd Fakeh (UMNO) – muka baharu
20. Tanjong Karang – Datuk Seri Noh Omar (UMNO) – penyandang
21. Sepang – Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed (UMNO) – penyandang
22. Sungai Besar – Datuk Noriah Kasnon (UMNO) – Penyandang

DEWAN UNDANGAN NEGERI:
1. Teratai – Ben Liew Pok Boon (Gerakan) – muka baharu
2. Bukit Gasing – Juan Sei Chang (Gerakan) – muka baharu
3. Bukit Lanjan – Francis Chong Tuck Chiew (Gerakan) – muka baharu
4. Kinrara – Wong Hock Aun (MCA)
5. Gombak Setia – Said Anuar Said Ahmad (UMNO)
6. Kota Anggerik – Mohd. Yusof Din (UMNO) – muka baharu
7. Batu Tiga – Ahmad Nawawi M. Zin
8. Seri Andalas – T. Mohan (MIC)
9. Selat Klang – Faisal Yahya (UMNO) muka baharu
10. Chempaka – Muhammad Faizal Sufar (UMNO) – muka baharu
11. Pandamaran – Ching Eu Boon (MCA) – muka baharu
12. Seri Kembangan – Chin Toong Kang (MCA)
13. Sungai Pinang – Lee Siew Chee (MCA) – muka baharu
14. Taman Medan – AB Wahab Ibrahim (UMNO) muka baharu
15. Sekinchan – Kek Seng Hooi (MCA) – muka baharu
16. Bukit Melawati – Jakiran Jacomah (UMNO) – muka baharu
17. Rawang – Lee Li Yew ( MCA)
18. Batu Caves – Rawisandran Narayanan (MIC)
19. Hulu Kelang – Abdul Rahim Pandak Kamarudin (UMNO)
20. Bukit Antarabangsa – Mohamad Nadzim Ibrahim (UMNO) – muka baharu
21. Lembah Jaya – Baderisham Jolly (UMNO) – muka baharu
22. Kajang – Lee Ban Seng (MCA)
23. Bangi – Mohd. Zaidi Md. Zain @ Zakaria (UMNO) – muka baharu
24. Balakong – Lai Kwong Choy (MCA) – muka baharu
25. Subang Jaya – Gan Meng Foo (UMNO)
26. Seri Setia – Tengku Rethwan Tengku Mansor (UMNO) – muka baharu
27. Kampung Tunku – Chong Seng Foo (MCA)
28. Damansara Utama – Lim Choon Kin (MCA)
29. Kota Damansara – Halimaton Saadiah Bohan (UMNO) – muka baharu
30. Meru – Sukaiman Ahmad (UMNO) – muka baharu
31. Pelabuhan Klang – Nasarruddin M.Zin (UMNO) – muka baharu
32. Kota Alam Shah – Datuk Maglin De Cruz (PPP)
33. Sri Muda – Mohd. Abdul Raof Mokhtar (UMNO) – mula baharu
34. Sijangkang – Zurihan Yusop ( UMNO) – muka baharu
35. Teluk Datuk – Tan Cheng Chai (MCA)
36. Sungai Panjang – Budiman Mohd. Zohdi (UMNO) – Muka baharu
37. Sungai Air Tawar – Kamarol Zaki Abdul Malik (UMNO) – muka baharu
38. Sabak – Abdul Halim Udin (UMNO)- muka baharu
39. Hulu Bernam – Rosni Sohar (UMNO) – muka baharu
40. Kuala Kubu Bharu – Ooi Hui Wen @ Jessie Ooi (MCA) – muka baharu
41. Batang Kali – Mat Nadzari Ahmad Dahlan (UMNO) muka baharu
42. Sungai Burong – Datuk Mohd. Samsudin Lias (UMNO) – penyandang
43. Permatang – Sulaiman Abdul Razak (UMNO) – penyandang
44. Jeram – Datuk Amirudin Setro (UMNO) – penyandang
45. Kuang – Abdul Shukor Idrus (UMNO) – penyandang
46. Taman Templer – Datuk Subahan Kamal (UMNO) – penyandang
47. Dusun Tua – Ismail Sani (UMNO) – penyandang
48. Semenyih – Johan Abdul Aziz (UMNO) – penyandang
49. Sri Serdang – Mohamad Yusof Mohamed Yasin (UMNO) – muka baharu
50. Paya Jaras – Datuk Ir. Bushro Mat Johor (UMNO) -penyandang
51. Sementa – Md Ghazali Md Amin (UMNO) – tukar kawasan dari DUN Meru
52. Morib – Hasiman Sidom (UMNO) – penyandang
53. Tanjung Sepat – Nisman Yusof (UMNO) – muka baharu
54. Dengkil – Shahrum Mohd. Sharif (UMNO) – muka baharu
55. Sungai Pelek – Ng Chok Sin (MCA) – muka baharu
56. Ijok – K.R. Parthiban (MIC)

SENARAI PENUH CALON PARLIMEN BN, PKR, PAS DAN DAP
Sumber- UTUSAN ONLINE
Pertembungan tiga penjuru sudah terbayang di Semenyih apabila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan calonnya walaupun Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyatakan hasrat yang sama.

Ketua Cabang Serdang Hamidi Haasan dinamakan sebagai calon Parlimen itu, sekali gus membuka kemungkinan berdepan dengan Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan selain calon BN


Anwar bagaimanapun tidak mengumumkan kerusi lain yang sedang dalam pertikaian dengan PSM — Kota Damansara yang disandang oleh Nasir Hashim — kerana proses rundingan masih berjalan.

Bagaimanapun, terdapat pertukaran kecil apabila Setiausaha PKR Subang Manivannan Gowin akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kapar dan Wong Chen akan mengggantikan Loh Gwo Burne di Petaling Jaya.

Penyandang kerusi kapar P Manikavasgam bertukar ke kerusi DUN Bukit Melawati.

Sementara itu, Arutchelvan ketika dihubungi berkata, Anwar tela melanggar janjinya untuk tidak membuat pengumuman calon Semenyih sehingga mencapai kata sepakat.

“Mereka tidak tahu siapa sekutu dan musuh. Dan ini akan memberi kesan yang banyak di kerusi lain (yang dibincangkan) juga,” katanya kepada Malaysiakini.

PKR bertanding di 11 kerusi Parlimen serta 21 DUN di Selangor.

Parlimen

Ampang: Zuraida Kamaruddin
Gombak: Azmin Ali
Hulu selangor: Khalid Jaafar
Kapar: G Manivannan
Kelana Jaya: Wong Chen
Kuala Langat: Abdullah Sani
Pandan: Rafizi Ramli
Petaling Jaya Selatan: Hee Loy Sian
Sabak Bernam: Aziz Bari
Selayang: William Leong
Subang: R Sivarasa

SENARAI PENUH CALON PARLIMEN BN, PKR, PAS DAN DAP

DUN
Batang Kali: Ramachandran Kandasamy.
Batu Caves: Amirudin Shaari.
Batu Tiga:  Rodziah Ismail 
Bukit Antarabangsa: Azmin Ali
Bukit Lanjan: Elizabeth Wong
Bukit Melawati: S Manikavasgam
Dengkil: Aman Shah
Ijok: Idris Ahmad
Kajang: Lee Chin Cheh
Kota Anggerik: Yaakob Sapari
Kuang: Tengku Maraziah Tengku Sulaiman.
Permatang: Yahya Mat Saari
Port Klang: Khalid Ibrahim
Rawang: Gan Pei Nei
Sementa: Daroyah Alwi
Semenyih: Hamidi Haasan
Seri Andalas: Xavier Jeyakumar
Seri Muda: Shuhaimi Shafie
Seri Setia: Nik Nazmi Nik Ahmad
Taman Medan: Haniza Talha

Sumber – Malaysiakini