I read with anger the news that Saiful’s dad has joined PKR. I knew from Day 1 that the party was devoid of any integrity but for it to stoop to this extent is just mind boggling. I was working with one of Anwar’s long-time lawyers during the whole course of Sodomy 2 and was involved in A-Z of the trial itself.
BACA ULASAN DALAM BAHASA MELAYU DI SINI.
When I say A-Z, it means from meeting the forensic and DNA experts to reviewing of the documents to finding case laws for his submissions. I was involved in everything. I do not wish to mention the name of the lawyer here as I revere him as my mentor and I do not wish to drag him into this frustration and anger pouring of mine.
Why Anwar never took the stand?
Anwar claimed that he was never offered a fair trial. The truth is he was never brave enough to take the stand. He was never going to withstand the questions that were about to be put forward to his now ally Datuk Yusof. If you Pakatanians have doubts, why not ask him these questions and get valid, acceptable and not logically challenging answers for it.
Why did Anwar personally and specifically request his Chief of Staff, Ibrahim Yaakob to send Saiful to the apartment carrying documents when there were other staff there;
How come Saiful was aware of the code to enter the apartment which was ‘Mokhtar’, the name of Anwar’s security chief and brother-in-law? ;
Video evidence that was sent to Gandhi Labs in New Delhi confirmed the presence of Saiful in the apartment, so how can Saiful’s presence in the apartment be refuted;
Why was Saiful afforded special treatment i.e. he was given his own room, privilege of following Anwar for overseas trips though he was a new staff;
Anwar’s current aide, Najwan Halimi had previously e-mailed Anwar and told him about Saiful’s apparent afflictions to BN. Why was the call not heeded by Anwar?
Fearing that Anwar will not be able to withstand the onslaught by the Prosecution, the defence team then decided to ask him not to take stand uder the pretext that he was not offered a fair trial. Anwar excelled in conning, deceiving and cheating the public by assuming a Mandela like persona. He is no Mandela, merely a good con artist.
Fund for the overseas experts
The surprising factor here is why no one has ever questioned the fees that were involved in paying the forensic experts, Dr Brian Macdonald and Dr David Wells. Contrary to what the general public have been made to believe, they were paid hefty sums to defend him. When they were here, they stayed in Shang-ri La Hotel for a number of days.
Where did the money to pay the hotels come from? Did Anwar pay from his own pocket? No, he does not even pay his lawyers. So, he had very rich Datuks funding him. I do know the name of the Datuk, but for the reasons known close to me I will not disclose the name.
The problem is if PKR can throw questions as to the wedding expenditure of the Prime Minister, why not question where the money to pay these experts came from? If a former convict and a mere Opposition Leader can have Datuks funding his legal expences, what is wrong in having Datuks funding the wedding of the PM’s daughter?
Saiful
I don’t know much about Saiful. The only thing I can say is that the reason he was denied justice is that the Investigating Officer, Jude Perreira, ignored the protocols told to him by Jabatan Kimia and decided to do his things his own way.
There were traces of Anwar’s DNA in his rectum. The only thing that stopped the judge from convicting Anwar was the “break in the chain of evidence”. I will write a full piece on this soon. This drama itself deserves a full piece write up.
In a nutshell, there was evidence of Anwar’s semen in Saiful’s rectum. However, due to a break in chain of evidence and the question mark over the integrity of the samples, the evidence was not used.
So the judge had no other way of corroborating Saiful’s evidence.
Conclusion for Part 1
Anwar is a consummate liar. He is using Saiful’s dad to play up his victim role in order to garner votes. We all know for a fact that since he got acquitted he has lost that bit of “charm” about him as he has nothing to yell about anymore. I really hope he sues me so that I can prove in Court what I have just mentioned.
Remember Anwar Ibrahim, I grew up adoring you. I know your modus operandi and I aspired to be you. Sue me please. Let the public watch Anwar vs Anwar clone (which is me) in action. And remember the e-mails, Astroboy? I have all of them saved. Come get me!
Bapa mohon maaf pada Anwar, dakwa Saiful dipergunakan

Bapa Saiful Bukhari hari ini memohon maaf kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan mendakwa bahawa anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini,” kata Azlan Mohd Lazim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam satu sidang akhbar hari ini.

“Dengan ini saya  memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sangsara akibat fitnah ini,” tambahnya

Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lepas daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Jabatan Peguam Negara telah merayu terhadap keputusan itu dan Mahkamah Rayuan akan mendengar kes pada 22 Julai.
Dalam kenyataannya, Azlan, 60, mendakwa semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anaknya dan beliau sendiri, telah dirancang dan disediakan pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan seorang peguam, Zamri Idrus.

“Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap YB Datuk Seri Anwar, yang melibatkan anak saya.”
Zamri telah menafikan dakwaan tersebut danMalaysiakini tidak menyiarkan identiti pegawai khas di JPM itu sementara menunggu respons daripadanya.
Menurut Azlan, beliau mengetahui mengenai hal anaknya terlibat dan dituduh cuma melalui akhbar milik kerajaan kerana anaknya tidak langsung pernah menceritakan tentang kejadian dan pertuduhan tersebut kepadanya.

“Saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi mendapatkan keterangan dari saya sebagai bapa dari awal hingga tamat perbicaraan,” dakwanya.
walaupun beliau sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anaknya, Azlan menjelaskan bahawa beliau melakukannya semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya.

“Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar.”
Azlan berkata, beliau memutuskan untuk membuat pendedahan ini kerana setelah sekian lama mengumpul maklumat sama ada semasa dalam perbicaraan, mahupun yang dikirim kepadanya oleh orang ramai, “saya dapati kebenaran mula terserlah dan jelas kelihatan.”

Pihak pemerintah, katanya, langsung tidak pernah menemuinya  untuk berbincang kes itu atau bertanya pendapatnya.

“Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh (pegawai berkenaan),” dakwa Azlan.
“Sebagai seorang Melayu dan Islam, saya mula sedar akan perancangan jahat ini. Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan fitnah jahat ini. Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu akan niat jahat mereka.

“Jika niat jahat ini berterusan, bukan sahaja umat Melayu dan Islam hancur tetapi negara musnah. Saya tidak sanggup melihat ini terjadi.

“Saya mengambil keputusan untuk bersama Datuk Seri Anwar, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia yang dahagakan kemakmuran dan keamanan bercakap benar dan menentang kejahatan ini,” katanya.
Azlan merayu kepada seluruh rakyat negara ini “bangun bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul”. 

“Marilah kita juga doakan agar Allah menangkan perjuangan Datuk Seri Anwar dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara dalam Pilihan Raya ke-13 nanti,” katanya. Malaysiakini

Saiful dakwa ayah jadi mangsa politik Anwar

Saiful Bukhari Azlan meminta ayahnya, Azlan Mohd Lazim kembali ke pangkal jalan kerana didakwanya “telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim”.

Beliau membuat kenyataan itu dalam satu sidang media sebentar tadi selepas bapanya pagi tadi memohon maaf kepada Anwar dan mendakwa tuduhan liwat terhadap ketua umum PKR itu selama ini satu konspirasi politik.

“Demi Allah, agama, bangsa dan negara tercinta, saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya,” kata Saiful.

“Saya akan terus istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya, segala keterangan saya di mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan hingga akhir hayat,” katanya sambil menambah beliau telah memaafkan bapanya.

Menurutnya, beliau tidak tahu sebab ayahnya membuat dakwaan itu pagi tadi.
Katanya, beliau sendiri sebelum ini langsung tiada masalah dengan ayahnya itu dan kali terakhir berbual dengan beliau menerusi telefon semalam.

Saiful yang memberitahu dia akan berkahwin dua minggu lagi, berkata, dia dan bapanya turut bercuti ke Kelantan baru-baru ini dan ada bertemu lagi dengan bapanya Isnin lalu.

Namun, cubaan untuk menghubungi bapanya tengah hari tadi gagal kerana bapanya dipercayai mematikan telefonnya, kata saiful lagi. Menurut Saiful, beliau yakin ayahnya “menjadi mangsa politik Anwar” kerana sidang media ayahnya pagi tadi diaturkan seorang ahli parlimen Pakatan Rakyat, dan dilakukan untuk “mengalih perhatian isu pengkhianat negara”.

“Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat saya kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat.

“Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Anwar Ibrahim,” katanya yang turut ditemani peguam pemerhati kesnya sebelum ini, Zamri Idrus.

Dalam sidang media pagi tadi, Azlan turut mendakwa segala kenyataan Saiful dalam perbicaraan liwatnya sebelum ini diaturkan oleh Zamri.

Menjawab soalan wartawan, Zamri menafikan perkara itu dan mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Azlan berhubung dakwaan tersebut. Malaysiakini

Apa yang boleh diharapkan dengan Anwar Ibrahim? Pembantu Peribadinya pun tak boleh dijaga dengan baik dan dipaksa berdusta. Kalau 1 orang mungkinlah dikatakan khianat tapi kalau 2 kalau 3 apa cerita tu. Kenapa majoriti penyokong setia Anwar di zaman Reformasi lari meninggalkan Anwar?? Mungkinkah suatu hari nanti Anaknya juga akan meninggalkan Anwar???

Lihatlah ketika PKR dilanda berbagai masalah Anwar terus berjalan satu dunia nak tunjukkan yg dia bagus sangat.

Kalau pembantu peribadi pun tak boleh nak jaga…boleh ke nak jaga sebuah Negara????