Salam, setelah tamat PRU13 Kerajaan Negeri telah memilih Menteri Besar dan Ketua Menteri yang baru. Perlis, Kedah, Melaka, Johor dan Kelantan mendapat Menteri Besar baru manakala Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Sabah kekal dengan muka lama. Semua sedang menunggu siapa yang bakal menjadi Menteri Besar Selangor.

Senarai Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri-Negeri di Malaysia

Menteri Besar Perlis : Azlan Man (BN)
Menteri Besar Kedah : Mukhriz Mahathir (BN)
Ketua Menteri Pulau Pinang : Lim Guan Eng (DAP)
Menteri Besar Perak : Zamry Abd Kadir (BN)
Menteri Besar Selangor : Belum diumumkan
Menteri Besar Negeri Sembilan : Mohamad Hassan (BN)
Ketua Menteri Melaka : Idris Haron (BN)
Menteri Besar Johor : Belim diumumkan
Menteri Besar Pahang : Adnan Yaakob (BN)
Menteri Besar Terengganu : Ahmad Said (BN)
Menteri Besar Kelantan : Datuk Ahmad Yakob PAS)
Ketua Menteri Sabah : Musa Aman (BN)

SENARAI RASMI PEMENANG PRU13

TAHNIAH KEPADA DAP DAN PAKATAN RAKYAT KERANA TELAH BERJAYA MEMBENTUK KERAJAAN BARU PULAU PINANG DAN JADIKAN INI SEBAGAI SATU AMANAH UNTUK MEMBERI KHIDMAT KEPADA RAKYAT.

YANG MENANG BUKAN MENANG SEMUA DAN YANG KALAH BUKAN KALAH SEMUA.

Keputusan Rasmi PRU 13 untuk Kerusi DUN PULAU PINANG
BN : 9
DAP : 19
PAS : 2
PKR : 10
KEPUTUSAN PENUH PRU13
(DAFTAR UNTUK SEMINAR BUAT DUIT DENGAN BLOG HANYA RM50 Tempat Terhad)

Senarai calon DAP Pulau Pinang, yang akan dikeluarkan secara rasmi kemudian,  menunjukkan bahawa kebanyakan penjawat dikekalkan, dengan tujuh muka baru dan tiga penyandang digugurkan.

Tiga daripada tujuh calon Parlimen adalah muka baru, seorang dipindahkan ke kerusi DUN, manakala empat daripada 19 kerusi DUN ditandingi calon baru.

Barisan calon itu mempunyai 10 pemimpin Pemuda DAP dan lima calon wanita.


Nampaknya kali ini parti itu mengamalkan dasar Pengerusi DAP Karpal 
Singh iaitu ‘satu calon satu kerusi’ kerana penyandang dua kerusi – Parlimen dan DUN – sebelum ini, telah dicalonkan bertanding hanya satu kerusi sahaja.

Mereka adalah Timbalan Setiausaha Agung, P Ramasamy (Batu Kawan) dan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow (Tanjong).

Kedua-duanya melepaskan kerusi Parlimen mereka untuk masing-masing bertanding kerusi Perai dan Padang Kota.

Pengecualian hanya untuk Setiausaha Agung, Lim Guan Eng kerana kedudukannya sebagai ketua menteri sementara, dan akan mempertahankan kerusi Parlimen Bagan dan DUN Air Putih.

Orang lain yang mengekalkan kerusi parlimen mereka ialah Karpal (Gelugor) dan Jeff Ooi (Jelutong).

‘Calon payung terjun’

Salah seorang muka baru di peringkat parlimen adalah setiausaha politik Lim, Zairil Khir Johari (di bawah) di Bukit Bendera menggantikan penyandangnya Liew Chin Tong, yang bertanding di Kluang, Johor.

Yang lainnya termasuk ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Steven
Sim di Bukit Mertajam, menggantikan penyandang Chong Eng, yang akan bertanding kerusi DUN Padang Lalang.

Kasturi Rani, anak perempuan pemimpin veteran DAP, P Pattoo, dikatakan akan bertanding kerusi Batu Kawan di tanah besar.

Pencalonannya dijangka menimbulkan rasa tidak puashati di kalangan sesetengah penyokong India di Nibong Tebal.

Spekulasi bertiup kencang bahawa adalah peguam K Mangleswari akan menggantikan Ramasamy di Batu Kawan, tetapi perkara itu masih tidak jelas kerana ada pihak-pihak tertentu masih melobi untuk Kasturi Rani.

Sementara itu, penyandang kerusi Komtar, Ng Wei Aik telah dipindahkan ke Parlimen Tanjung, menggantikan Chow.
Penyandang digugurkan

Tiga penyandang yang digugurkan ialah Tan Beng Huat (Padang Lalang), Koay Teng Hai (Pulau Tikus), Koid Teng Guan (Sungai Pinang) dan Michael Tan (Padang Lalang).

Ini mengecewakan penyokong mereka dan telah mencetuskan protes kecil di kawasan mereka.

Mereka digantikan oleh pendatang baru ahli majlis MPPP Lim Siew Khim (Sungai Pinang) dan Chee Soon Lip (Jawi), pegawai khas Lim, Jeffrey Chew (Pulau Tikus) dan Teh Lai Heng (Komtar).

Di Bagan Dalam, difahamkan bahawa parti itu sedang mempertimbangkan V Krishnamoorthy Naidu, tetapi bagaimanapun penyandang A Thanasekharan telah membayar deposit kepada pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya pada hari Khamis, untuk menjamin tempatnya sebagai calon.

10 penyandang yang mengekalkan kerusi DUN masing-masing ialah:

Phee Boon Poh (Sungai Puyu), Lim Hock Seng (Bagan Jermal), Jagdeep Singh Deo (Datok Keramat), Law Heng Kiang (Batu Lancang), RSN Rayer (Seri Delima), Wong Hon Wai (Air Itam), Yeoh Soon Hin (Paya Terubong), Teh Yee Cheu (Tanjong Bungah), Lau Keng Ee (Pengkalan Kota) dan Lydia Ong Kok Fooi (Berapit).

SENARAI PENUH CALON PARLIMEN BN, PKR, PAS DAN DAP

Sumber – Malaysiakini
Berikut senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) bagi negeri Pulau Pinang yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei ini.
P.041 KEPALA BATAS – Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican *
– N.01 PENAGA – Mohd. Zain Ahmad *
– N.02 BERTAM – Shariful Azhar Othman *
– N.03 PINANG TUNGGAL – Datuk Roslan Saidin (Penyandang)
P.042 TASEK GELUGOR – Shabudin Yahaya
– N.04. PERMATANG BERANGAN – Omar Abd. Hamid *
– N.05 SUNGAI DUA – Muhamad Yusoff Mohd. Noor *
– N.06 TELUK AIR TAWAR – Datuk Jahara Hamid (penyandang)
P.043 BAGAN – Chua Teik Siang*
– N.07 SUNGAI PUYU – Sum Yoo Keong *
– N.08 BAGAN JERMAL – Tan Chuan Hong *
– N.09 BAGAN DALAM – M. Karuppanan *
P.044 PERMATANG PAUH – Mazlan Ismail *
– N.10 SEBERANG JAYA – Datuk Mohammad Nasir Abdullah *
– N.11 PERMATANG PASIR – Anuar Faisal Yahaya*
– N.12 PENANTI – Ibrahim Ahmad *
P.045 BUKIT MERTAJAM – Gui Guat Lye*
– N.13 BERAPIT – Lau Chiek Tuan
– N.14 MACHANG BUBUK – Tan Lok Heah*
– N.15 PADANG LALANG – Tan Teik Cheng
P.046 BATU KAWAN – N. Gobalakrishnan*
– N.16 PERAI – L. Krishnan
– N.17 BUKIT TENGAH – Teng Chang Yeow
– N.18 BUKIT TAMBUN – Lai Chew Hock
P.047 NIBONG TEBAL – Datuk Zainal Abidin Osman
– N.19 JAWI – Tan Cheng Liang
– N.20 SUNGAI BAKAP – Mohd. Foad Mat Isa
– N.21 SUNGAI ACHEH – Datuk Mahmud Zakaria (Penyandang)
P.048 BUKIT BENDERA – Teh Leong Meng
– N.22 TANJUNG BUNGA – Datuk Seri Chia Kwang Chye
– N.23 AIR PUTIH – Tan Kek Heong*
– N.24 KEBUN BUNGA – H’ng Chee Wey*
– N.25 PULAU TIKUS – Rowena Yam*
P.049 TANJUNG – Ng Song Kheng*
– N.26 PADANG KOTA – Oh Tong Keong*
– N.27 PENGKALAN KOTA – Loke Cheang Gin @ Loke Poh Chye*
– N.28 KOMTAR – Loh Chye Teik*
P.050 JELUTONG – Ng Fook On*
– N.29 DATUK KERAMAT – Ong Thean Lye
– N.30 SUNGAI PINANG – Dr. Thor Teong Gee
– N.031 BATU LANCANG – Lee Boon Ten
P.051 BUKIT GELUGOR – Teh Beng Yeam*
– N.32 SERI DELIMA – Low Joo Hiap*
– N.33 AIR ITAM – Loo Jieh Sheng*
– N.34 PAYA TERUBONG – Koh Wan Leong*
P.052 BAYAN BARU – Tang Heap Seng*
– N.35 BATU UBAN – Goh Kheng Sneah
– N.36 PANTAI JEREJAK – Wong Mun Hoe
– N.37 BATU MAUNG – Mansor Musa
P.053 BALIK PULAU – Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya
– N.38 BAYAN LEPAS – Nordin Ahmad*
– N.39 PULAU BETONG – Muhamad Farid Saad (Penyandang)
– N.40 TELOK BAHANG – Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah*
SENARAI PENUH CALON PARLIMEN BN, PKR, PAS DAN DAP
Sumber – UTUSAN ONLINE