Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mendakwa rakyat Selangor akan bangkit mempertahankan negeri itu sekiranya DUN dibubarkan untuk membolehkan pilihan raya baru diadakan.

Malah, ia akan menyebabkan Umno kehilangan semua kerusi, kata Zuraida dalam ucapan penggulungannya di kongres Wanita PKR di Shah Alam hari ini.

“Kenapa nak bubar? Isu bubar tidak mungkin (berlaku) dan satu perkara yang mengarut. Dan perkara ini memalukan rakyat negeri Selangor dan meningkatkan kemarahan rakyat Selangor.

“Dan kalau nak pilihan raya negeri, Umno perlu bersedia untuk 56-0 (kerusi DUN).

“Sekiranya terjadi (pilihan raya negeri), rakyat akan memberontak dan Umno akan sifar di Selangor,” katanya dalam ucapan tersebut dengan penuh bersemangat.



Nota : Super yakin betul Ketua Wanita PKR sehingga tak sedar rakyat pun dah meluat dengan pergolakan politik yg segaja dibuat oleh PKR dari pemilihan DUN Kajang yg tak sepatut diadakan hinggalah pergolakkan MB Selangor. Sedar diri lah Kak Zuraidah.

Keputusan muktamad pemilihan PKR yang diumumkan hari ini menyaksikan beberapa nama-nama besar dalam parti itu terkeluar daripada barisan kepimpinannya. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatannya tanpa bertanding, manakala timbalannya, Azmin Ali berjaya mempertahankan jawatannya dengan menewaskan pencabarnya, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Keputusan Pemilihan PKR 2014

Presiden : Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan Presiden : Azmin Ali

Naib Presiden :

  1. Nur Izzah Anuar
  2. Chua Tian Chang
  3. Shamsul Iskandar
  4. Rafizi Ramli
  5. Ali Biju
  6. Fariz Musa
  7. Siti Aishah
  8. Abdul Yunus
  9. Abdullah Sani
  10. Zakaria Hamid
  11. Roland Chia
  12. Khalid Jaafar
  13. William Leong
  14. Hee Loy Sian
  15. Christina Liew
  16. Ravi Munusamy
Majlis Tertinggi

  1. Latheefa Koya
  2. Elizabeth Wong
  3. Yaakob Sapari
  4. Shuhaimi Shafei
Ketua Angkatan Muda : Nik Nazmi Nik Ahmad

Timbalan Ketua Angakatan Muda : Afif Bahardin

Ketua Wanita : Zuraidah Kamaruddin

Timbalan Ketua Wanita : Haniza Mohamaed Talha


SHAH ALAM – Peguam PKR,  R Sivarasa mengesahkan makluman mengenai penahanan blogger Milo Suam malam tadi dan ketika ini pihaknya sedang berusaha mendapatkan maklumat daripada pihak polis sebelum dapat mengambil tindakan selanjutnya.

“Barisan peguam sedang cuba mendapatkan respons dari pihak polis pagi ini sebelum bincang langkah seterusnya yang perlu diambil.

SENARAI PENUH CALON PARLIMEN PRU13

“Saya akan maklumkan perkembangan mengenai perkara ini sejam lagi,” jawab beliau ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.

Sementara itu, satu kenyataan ringkas oleh Biro Komunikasi PKR lewat malam tadi memaklumkan penahanan Milo Suam atau nama sebenarnya Yusuf Al Siddique Suratman, 29, oleh pihak polis dan dibawa ke Bukit Aman.

Menurut kenyataan media itu juga, pihak polis juga berada di hadapan Ibu Pejabat Keadilan di Merchant Square, Petaling Jaya.

Sebelum ini dua laporan polis dibuat terhadap pengendali blog Milo Suam yang sebelum ini menyiarkan artikel dan gambar mendakwa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengundi lebih awal dari tarikh sepatutnya.

Laporan itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sumber – Sinar Harian

Bagi membendung kes pembelotan yang menghantui parti itu selepas pilihan raya umum 2008, PKR telah mewajibkan semua calonnya yang menang, membayar gantirugi RM5 juta kepada parti itu jika mereka melompat parti.


Timbalan Setiausaha Agung PKR, Steven Choong berkata selepas menerima surat pelantikan itu, jika mana-mana calon menarik diri sebelum hari penamaan calon atau melompat parti selepas menang, perlu membayar gantirugi RM5 juta kepada parti. 
SENARAI PENUH CALON PARLIMEN BN, PKR, PAS DAN DAP

“(Oleh itu,) mereka perlu menandatangani surat Akujanji,” kata Steven  Choong (kanan).

“Jika anda bersedia menerima surat pelantikan itu, maka anda tidak boleh berpatah balik,” katanya dalam satu sidang akhbar di Johor Bahru pagi ini sebelum menyampaikan surat pelantikan kepada beberapa calon PKR di Johor.
Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, calon-calon mereka akan bertanding menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan PKR di Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.
Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menetapkan esok sebagai hari penamaan calon bagi pilihan raya umum ke-13.
SENARAI PENUH CALON PARLIMEN BN, PKR, PAS DAN DAP
Katanya, keputusan itu diambil kerana sehingga jam 3 petang ini – tarikh akhir yang ditetapkan DAP – mereka tidak mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Karpal juga berkata tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.



“Ekoran itu, kami akan teruskan apa yang diputuskan semalam dan bertanding bawah lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak,” katanya ketika dihubungi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi juga mengesahkan DAP akan menggunakan logo parti Islam itu di semenanjung.

Karpal sebelum ini meminta ROS menarik balik surat bertarikh 17 April sebelum jam 3 petang hari ini dan tidak akan memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan ROS itu.

Surat itu dihantar ekoran dakwaan berlaku kesilapan teknikal dalam pemilihan parti tu tahun lepas.

Tindakan itu diambil walaupun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan bahawa DAP masih boleh untuk bertanding walaupun tanpa pengiktirafan ROS.

“Saya telah tandatangan semua watikah untuk calon DAP (bertanding di semenanjung),” kata Mustafa sambil menyifatkan langkah itu sebagai “bersejarah” untuk PAS.
Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng memberitahu sidang akhbar di Sibu bahawa surat kebenaran bertanding di bawah PKR kini dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke negeri itu

Katanya, PAS sudahpun menghantar surat kebenaran mereka 
yang tiba pagi ini dan telah diserahkan kepada calon-calonnya di kawasan luar bandar kerana bimbang surat kebenaran dari tidak sampai pada masanya.

Sementara itu, pengarah pilihan raya DAP Sabah, Fred Fung berkata surat kebenaran dari PKR untuk calon-calon DAP kini dalam perjalanan dari Kuala Lumpur.

“Orang kita menunggu di Kota Kinabalu sekarang untuk mengambil surat tersebut dan menyerahkannya kepada calon-calon kami di Sandakan dan Melalap,” katanya ketika dihubungi.

Sandakan dan Melalap masing-masing terletak 319km dan 157km dari Kota Kinabalu.

Sumber – Malaysiakini

Bermain politik kena bijak seperti pemain bola sepak kena takel sikit tapi jatuh bergolek2 untuk menarik perhatian refree menghukum pesalah dengan hukuman berat kalau boleh kad merah. Penonton pun akan terpengaruh bila tengok pemainnya dijatuhkan oleh pihak lawan. Itulah politik tanpa strategi tidak akan menang dan tidak akan dapat menarik sokongan.

Sekali pandang Anwar Ibrahim sangat pandai berpolitik. Kalau dilihat setelah PKR ditubuhkan berduyun-duyun pemimpin PKR meninggalkan Anwar atas berbagai sebab. Tetapi hebatnya Anwar walaupun berpuluh-puluh pemimpin kanan dan kiri PKR meninggalkan beliau tidak memberi kesan negatif dari sudut pengaruh. Bagaimana Anwar berjaya menyusun strategi politik?

Kehebatan Anwar adalah dengan menyusun orang-orang Anwar di dalam PAS sehingga apa sahaja salah laku yang beliau buat akan mendapat protection daripada pemimpin dan penyokong PAS. Anwar tahu penyokong PAS memang setia kepada pemimpin dan itulah kekuatan yang menjadi perlindungan kepada Anwar untuk terus bernafas dalam dunia politik Malaysia.

Kalau nak dikira pemimpin yang tinggal dalam PKR siapa sahaja dan pengaruhnya tak begitu besar kalau tidak disokong oleh pengaruh PAS.

ANWAR memenag bijak berpolitik dan tidak mustahil suatu hari nanti akan mengambil alih PAS yang suatu masa dahulu mengecam Anwar habis-habisan. Politik memang begitu kawan bukan kawan selamanya dan musuh bukan musuh selamanya. Yang paling bijak merancang akan menewaskan yang lemah dan yang mengikut sahaja.

SENARAI PENUH CALON PARLIMEN BN, PKR, PAS DAN DAP

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mengumumkan calon parti itu yang akan bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU-13).
Anwar berkata, dua kerusi yang masih dirundingkan ialah Parlimen Sungai Siput dan DUN Manong.
“Adalah normal bagi parti dalam pakatan untuk mempunyai pendapat tersendiri dalam penentuan kerusi. Kita menjangkakan dapat mencapai keputusannya tidak lama lagi,” katanya ketika berceramah di Jalan Pemimpin, Manjoi di sini.
Sembilan calon PKR yang akan bertanding di kerusi Parlimen ialah Dr. Muhammad Nur Manuty (Bagan Serai), Dr. Meor Ahmad Isharra Meor Ishak (Padang Rengas), Siti Aishah Sheikh Ismail (Tambun), Dr. Lee Boon Chye (Gopeng), K. Vasanthakumar (Tapah), Mustaffa Kamil Ayub (Pasir Salak), Laksamana (B) Imran Abdul Hamid (Lumut), Madhi Hassan (Bagan Datoh) dan Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew (Tanjung Malim).
SENARAI PENUH CALON PARLIMEN BN, PKR, PAS DAN DAP
Selain itu, 19 kerusi DUN yang menjadi pertaruhan PKR ialah Pengkalan Hulu, Temenggor, Kenering, Kota Tampan, Batu Kurau, Kuala Kurau, Alor Pongsu, Kuala Sepetang, Ulu Kinta, Bukit Chandan, Bota, Tualang Sekah, Simpang Pulai, Teja, Chenderiang, Sungai Manik, Pangkor, Hutan Melintang dan Behrang.
Pakatan pembangkang masih belum menentukan calon untuk kerusi Parlimen Sungai Siput selepas Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengesahkan untuk bertanding di situ menerusi penyandangnya, Dr. Jeyakumar Devaraj yang menggunakan tiket PKR pada 2008.

Sumber – Utusan Malaysia

Aku ada buat undian di blog ini untuk melihat apa pandangan pembaca blog ni. Hasil nya memang majoriti sokong Penubuhan Suruhanjaya. Kita lihat perjalanan kisah ini sehingga akhir. Tengok siapa yang kena??

Makin terserlah kekedutan di raut wajahnya! Apabila diasak lagi dengan soalan-soalan seterusnya, beliau makin meninggikan suara dengan jawaban “tanya peguam” berulangkali lalu terus beredar memasuki dewan (mahu mengelak wartawan sebenarnya! hehe..). Ketika sidang media bersama Lim Kit Siang dan Datuk Hj. Hadi, AnWAR mengelak dan memberitahu sidang media tsb hanya mengenai Galas sahaja.


Beita lanjut @ http://x-pkr.blogspot.com/2010/10/anwar-marah-marah-lagi-di-parlimen.html
Rahimi Osman, Anwar Ibrahim dan PKR, Rahimi Osman, Anwar Ibrahim dan PKR, Rahimi Osman, Anwar Ibrahim dan PKR, Rahimi Osman, Anwar Ibrahim dan PKR, Rahimi Osman, Anwar Ibrahim dan PKR, Rahimi Osman, Anwar Ibrahim dan PKR, Rahimi Osman, Anwar Ibrahim dan PKR, Rahimi Osman, Anwar Ibrahim dan PKR, Rahimi Osman, Anwar Ibrahim dan PKR, Rahimi Osman, Anwar Ibrahim dan PKR, Rahimi Osman, Anwar Ibrahim dan PKR, Rahimi Osman, Anwar Ibrahim dan PKR

ANWAR OH ANWAR TERUS MENIPU RAKYAT???

PASTI SUATU HARI AKHIRNYA ANWAR AKAN TERPERANGKAP DENGAN PERANGKAP YANG DIBUATNYA SENDIRI….