Dengan perkembangan terbaru ini, Khalid akan memohon menghadap Sultan Selangor untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya.
“Sehingga Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan negeri Selangor bersama 4 ahli Exco daripada PAS bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini,” Khalid Ibrahim
Pada mesyuaratnya pagi ini, PAS memutuskan bersetuju dengan pilihan PKR melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid. Parti Islam itu juga turut menyerahkan nama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai nama calon lain untuk diangkat menjadi menteri besar.
Soalnya Adakah rakyat Selangor setuju Wan Azizah jadi MB mereka?
Hari pertama persidangan Dewan Rakyat bagi penggal ke-13 bermula kecoh apabila wakil rakyat pembangkang mempersoalkan mengenai proses pengundian bagi memilih Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baru.
Kekecohan mula ditimbulkan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang membangkitkan mengenai keperluan ahli Dewan menulis nama masing-masing di kertas undi.
Katanya berdasarkan Peraturan Mesyuarat 4, ahli Dewan hanya perlu menandatangani kertas undi tanpa perlu menulis nama.
Bagaimanapun Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah tidak mengendahkan bantahan yang ditimbulkan Mahfuz.
“Ahli-ahli Yang Berhormat, ini bukan kali pertama Dewan Rakyat mengadakan pengundian bersurat. Sila teruskan proses mengundi,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin.
Bagaiamanapun jawapan Roosme menimbulkan rasa tidak puas hati wakil rakyat pembangkang.
Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) berkata proses berkenaan sangat memalukan apabila proses pemilihan itu tidak mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
Hari pertama persidangan Dewan Rakyat pada Isnin bermula dengan pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Dua tokoh dicadangkan bagi merebut jawatan berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan Tan Sri Pandikar Amin Mulia, 58 sebagai Speaker Dewan Rakyat mengikut Perkara 57 Perlembagaan Persekutuan.
Cadangan itu disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sementara di pihak pembangkang, Tan Sri Abdul Khalid (PKR-Bandar Tun Razak) mencalonkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Speaker.
Cadangan itu disokong Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).
Keputusan menyaksikan Pandikar Amin menang dengan majoriti 133 undi sementara Abdul Kadir memperoleh 89 undi. – mStar Online
Seperti yang dirancang olehAnwar Ibrahim pengerak Black 505 setelah ditunda perhimpunan Black 505 akan berlansung di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada jam 2 pm walaupun tidak mendapat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Polis. Suasa jerbu teruk yang sedang melanda Malaysia tidak akan menghalang perhimpunan Black 505 yang dijangka akan dihadiri oleh ratusan ribu penyokong Pakatan Pembangkang.


BLACK 505 apa yang berlaku sekarang jom klik SINI.

Aku tetap yakin dengan ketentuan ALLAH seperti dalam surah Al- Baqarah dan Al-Imran bahawa pemimpin sesebuah negara adalah pilihan ALLAH SWT, pemilihan hanya cara ALLAH SWT menyalurkan cara fikir manusia untuk memilih pemimpin yang ALLAH pilih. Berapa juta manusia yang akan datang ke perhimpunan tidak akan dapat mengubah apa-apa melainkan atas kehendak ALLAH SWT.
Pernah terbaca dalam sebuah buku bahawa tidak berlaku sesuatu di atas muka bumi ini walaupun gugurnya sehelai daun kering kalau bukan atas kehendak ALLAH SWT inikan pula pemilihan pemimpin yang sudah jelas difirmankan oleh ALLAH dalam Al Quran seperti firman dalam surah Al-Baqarah, 107 yang bermaksud, “Tidakkah kamu tahu, bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu perlindungan dan penolongan selain allah.“. Allah juga berfirman dalam surah Al-Imran, 26 yang maksudnya, ” Katakanlah (Muhamad) : Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki.
Salam, satu Malaysia sedang menunggu sedang media Azmin Ali yg dikatakan tidak berpuas hati dengan Pakatan Rakyat tetapi tidaklah sampi nak keluar parti .

Pas, komponen Pakatan Rakyat (PR) yakin boleh menguasai 54 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan pusat, kata Naib Presidennya, Datuk Husam Musa, hari ini.

Menurut beliau, ia tambahan kepada 23 kerusi Parlimen yang disandang sekarang.

Kata Husam, pihaknya juga yakin akan memperoleh kemenangan tujuh kerusi tambahan, diyakini dimilik Pas ekoran sokongan ditunjukkan oleh pengundi Cina kepada calon parti berteraskan Islam itu.

“Kita ada lima kerusi panas yang akan dimiliki Pas termasuk Kuala Kangsar, Tasek Gelugor, Sepang, dan Dungun.

SENARAI PENUH CALON PARLIMEN PRU13
“… saya tak boleh sebut semua kerusi takut Barisan Nasional (BN) pergi buat kajian pula.

“…pengundi Cina bertambah di tahap maksimum di Sungai Besar, Selangor,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Husam yang juga calon kerusi Parlimen Putrajaya berkata, kerajaan PR boleh memerintah negara sama seperti kerajaan BN yang berteraskan Islam dan Melayu.

Namun beliau juga berkata, apa yang membezakannya kerajaan korup atau kerajaan yang bertakwa.

“Kita akan pimpin negara berteraskan Melayu-Islam apa yang beza PR dan BN, takwa atau korup, adil atau rasis?” katanya.

Pengundian PRU13 berlangsung Ahad ini.
Sumber – Sinar Harian
Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, calon-calon mereka akan bertanding menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan PKR di Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.
Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menetapkan esok sebagai hari penamaan calon bagi pilihan raya umum ke-13.
SENARAI PENUH CALON PARLIMEN BN, PKR, PAS DAN DAP
Katanya, keputusan itu diambil kerana sehingga jam 3 petang ini – tarikh akhir yang ditetapkan DAP – mereka tidak mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Karpal juga berkata tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.



“Ekoran itu, kami akan teruskan apa yang diputuskan semalam dan bertanding bawah lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak,” katanya ketika dihubungi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi juga mengesahkan DAP akan menggunakan logo parti Islam itu di semenanjung.

Karpal sebelum ini meminta ROS menarik balik surat bertarikh 17 April sebelum jam 3 petang hari ini dan tidak akan memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan ROS itu.

Surat itu dihantar ekoran dakwaan berlaku kesilapan teknikal dalam pemilihan parti tu tahun lepas.

Tindakan itu diambil walaupun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan bahawa DAP masih boleh untuk bertanding walaupun tanpa pengiktirafan ROS.

“Saya telah tandatangan semua watikah untuk calon DAP (bertanding di semenanjung),” kata Mustafa sambil menyifatkan langkah itu sebagai “bersejarah” untuk PAS.
Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng memberitahu sidang akhbar di Sibu bahawa surat kebenaran bertanding di bawah PKR kini dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke negeri itu

Katanya, PAS sudahpun menghantar surat kebenaran mereka 
yang tiba pagi ini dan telah diserahkan kepada calon-calonnya di kawasan luar bandar kerana bimbang surat kebenaran dari tidak sampai pada masanya.

Sementara itu, pengarah pilihan raya DAP Sabah, Fred Fung berkata surat kebenaran dari PKR untuk calon-calon DAP kini dalam perjalanan dari Kuala Lumpur.

“Orang kita menunggu di Kota Kinabalu sekarang untuk mengambil surat tersebut dan menyerahkannya kepada calon-calon kami di Sandakan dan Melalap,” katanya ketika dihubungi.

Sandakan dan Melalap masing-masing terletak 319km dan 157km dari Kota Kinabalu.

Sumber – Malaysiakini

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bidang pelancongan yang menghasilkan pendapatan negara kasar (PNK) hampir RM100 bilion apabila hampir 50 juta pelancong telah melawat Malaysia bagi tahun 2011 dan 2012.
Selain itu, katanya, dalam pembangunan projek Greater Kuala Lumpur, setakat 31 Disember 2012, projek My Rapid Transit (MRT) telah menawarkan 48 pakej kontrak berjumlah RM19.8 bilion, 45 peratus atau RM8.9 bilion kepada kontraktor bumiputera.
Tambah beliau, dalam sektor minyak dan gas, projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (Rapid) di Pengerang, Johor bakal mewujudkan sebanyak 4,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi manakala 20,000 lagi peluang pekerjaan dalam kerja pembinaan.
“Dalam sektor minyak sawit pula, kita telah berjaya menanam semula seluas kira-kira 113,000 hektar kelapa sawit,” katanya.
Katanya lagi, sektor kandungan dan infrastruktur komunikasi dan industri kreatif turut menyaksikan pencapaian dalam NKEA apabila RM547 juta keluaran kreatif telah dieksport dan sebanyak 157 ribu jam kandungan kreatif telah terhasil.
“Di antaranya adalah pembikinan filem bertajuk Lif of Pi, telah berjaya meraih empat kemenangan daripada 11 pencalonan di Academy Awards baru-baru ini yang melibatkan kepakaran kreatif anak tempatan,” katanya.
Sementara itu, sebanyak 1,087 kedai runcit telah mendapat manfaat daripada Transformasi Kedai Runcit (Tukar) di mana purata jualan meningkat sebanyak 30 peratus selepas enam hingga 12 menyertai program itu. – UTUSAN
Nota : Semua ini hanya boleh ditepis oleh Pembangkang dengan serangan isu peribadi menjelang PRU13.
Salam, sila dapatkan update terkini Himpunan Kebangkitan Rakyat di SINI.

Penyokong Himpunan Kebangkitan Rakyat sedang berpusu-pusu menuju ke Dataran Merdeka daripada seluruh pelusuk Dunia. Tujuannya utk membangkitkan semangat Rakyat yang semakin pudar kepada PAKATAN. Tujuannya untuk membangkitkan semangat Rakyat yang semakin lupa kepada PAKATAN. Tujuannya untuk mengubah fokus Rakyat kepada berbagai masalah yang berlaku di dalam PAKATAN.

Survey PRU : Pilihan anda di SINI (Undi anda adalah rahsia)

Berikut antara gambar-gambar #KL112

1. SINI




Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu, Jafrei Nordin meletak jawatan, semalam selepas kecewa dengan sikap perkauman Ronnie Liu dan DAP.
Jafrei yang berkhidmat dengan Ronnie sejak 2008 berkata, sikap tamak dan perkauman Ronnie yang pandai berpura-pura disaksikannya sendiri, sekali gus mendorongnya berfikir mengenai masa depan rakyat Malaysia termasuk Selangor.

“Ronnie bersikap kurang ajar apabila menggelar Menteri Besar Selangor sebagai ‘Khalid Gagap’ dan menjadi kelompok awal mempercayai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah individu dalam video seks ‘China Doll’, manakala Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali adalah lelaki dalam video aksi aiskrim dalam tandas.
“Beliau juga pernah mengatakan kepada saya Anwar dan Azmin adalah pelawak Melayu dalam DAP, malah mentertawakan orang Melayu Islam yang datang berduyun-duyun mendengar tazkirah Azmin di surau dan masjid sekitar Gombak beberapa hari selepas videonya tersebar,” katanya pada sidang media mengumumkan peletakan jawatannya di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng.

Jafrei berkata, sikap perkauman Ronnie boleh dilihat apabila menganggap PKR sebagai parti jenaka dan sering berseloroh mempersoalkan bagaimana orang Melayu boleh menyokong parti yang diterajui pelawak.
Katanya, DAP juga sedar Anwar cuba merosakkan PAS selain cubaan memujuk Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menyertai parti yang didakwa berjuang untuk Islam itu.

“Anwar juga risau dengan PAS yang dilihatnya boleh membantutkan usahanya menjadi Perdana Menteri dan saya sendiri melihat peranan Ronnie memecah-belahkan PAS Selangor bagi memastikan DAP terus mendominasi pakatan pembangkang di negeri itu. “Malah, beberapa pertemuan sulit diadakan di Selangor bagi membincangkan siapa calon Melayu DAP di Perak bagi menafikan hak PAS untuk jawatan Menteri Besar Perak selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13),” katanya. Petikan dari Hmetro
Salam, penyokong Himpunan Kebangkitan Rakyat sedang berpusu-pusu menuju ke Dataran Merdeka daripada seluruh pelusuk Dunia. Tujuannya utk membangkitkan semangat Rakyat yang semakin pudar kepada PAKATAN. Tujuannya untuk membangkitkan semangat Rakyat yang semakin lupa kepada PAKATAN. Tujuannya untuk mengubah fokus Rakyat kepada berbagai masalah yang berlaku di dalam PAKATAN.

Survey PRU : Pilihan anda di SINI (Undi anda adalah rahsia)