Salam, 10/9/13 makamah tinggi akan bersidang untuk mendengar rayuan daripada kerajaan bagi membatalkan kebenaran yang telah diberi oleh makamah kepada The Herald newspaper untuk menggunakan kalimah ALLAH dalam penyiarannya.

Mari kita berdoa semuga kemenangan kepada ISLAM kerana kalimah ALLAH adalah milik ISLAM.

Berita terkini

Tweets about “kalimah ALLAH”

Keberanian Sally Yen menghina Islam adalah kerana umat Islam itu sendiri tidak bersatu dan tidak berani bertindak demi menjaga kuasa politik. Beranikah pemimpin Islam bersuara apabila Islam di hina sebegini rupa .. apa yang berlaku pasti saling salah menyalah antara satu sama lain dan ini menjadikan yang menghina semakin berani.

Apakah tindakan yang kita akan lakukan untuk penghina ini??

Setelah melalui beberapa proses percubaan, plugin Waktu Solat ini telah sedia untuk digunakan oleh para pengguna WordPress contoh di blog Denaihati.com dan tidak dilupakan juga pengguna blogger/blogspot contoh di Blogspot Denaihati. Seperti dimaklumkan dalam artikel Waktu Solat Malaysia, plugin ini dibangunkan untuk memaparkan widget waktu solat bersama tempoh yang tinggal sebelum masuknya waktu solat seterusnya. Versi kali ini terhad untuk kawasan sekitar Malaysia terlebih dahulu, tetapi team Denaihati sedang berusaha membangunkan versi 1Dunia untuk memastikan fungsi ini boleh dinikmati oleh semua blogger di seantero dunia. Di harap rakan Denaihati yang berada di luar kawasan dapat bersabar sementara versi seterusnya dibangunkan.

Jika anda ingin mencuba plugin ini, anda boleh pergi ke halaman Projek Waktu Solatuntuk mendapatkan penerangan lanjut bagaimana untuk menggunakan plugin ini. Disebabkan ini adalah versi pertama, pasti ada banyak perkara  yang boleh dibaiki, jika anda menjumpai sebarang ralat, ataupun mempunyai cadangan lanjut untuk dimuatkan dalam plugin ini, sila kongsikan dalam ruangan komen atau hubungi team Denaihati menggunakan halaman Contact. Semoga dengan plugin ini, kita akan memperolehi kebaikan dan sentiasa bersedia untuk menunaikan kewajiban kepadaNya. Semuga Projek Waktu Solat akan memberi manafaat kepada seluruh alam dan mendekatkan kita kepada ALLAH SWT. Duniakan semakin hampir kepenghujungnya.

Kepada yang dah pasang plugin sila tinggalkan link diruangan komen, insya Allah kita semua akan datang melawat blog anda.

Mahkamah Rayuan Syariah di sini hari ini membatalkan perintah terhadap seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Dungun, Terengganu untuk ditempatkan di Unit Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEIK) bagi memulihkan akidahnya selepas mengaku murtad.

Mohamad Fariz Ilham Mohd. Zulkifli, 19, yang berasal dari Pengkalan Chepa itu sebelum ini ditempatkan di bawah pengawasan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) untuk mendapatkan bimbingan sewajarnya.

Panel rayuan itu dipengerusikan oleh Ketua Hakim Syarie, Kelantan, Datuk Daud Muhammad yang bersidang dengan dua panel lagi iaitu, Penasihat Perundangan Syariah, Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Syeikh Ghazali Abd. Rahman; dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Dalam keputusan tersebut, panel rayuan sebulat suara bersetuju dan berpuas hati dengan rayuan yang dikemukakan oleh Ketua Pendakwa Syarie Kelantan, Hashim Deraman bahawa tempat yang dipilih sebelum ini tidak sesuai atau tidak selesa untuk memulihkan akidah Mohamad Fariz Ilham yang dinamakan sebagai responden.

Ini kerana mahkamah mendapati, responden lebih banyak menyertai aktiviti ceramah yang dianjurkan oleh JHEIK sedangkan ia memerlukan lebih bimbingan, perlindungan serta makan dan minum.

Pihak pendakwa juga mengesyorkan agar responden diletakkan di pusat pemulihan akidah Ulu Yam, Selangor dengan makan dan minumnya ditanggung oleh JHEIK atau mana-mana pusat pemulihan yang sesuai namun cadangan itu ditolak oleh mahkamah.

Dalam prosiding itu, Mohamad Fariz Ilham juga ditanya sama ada akidahnya telah pulih atau sebaliknya.
Remaja itu dengan nada perlahan menjawab: “Pada bulan Ramadan baru-baru ini saya berpuasa atas kerelaan sendiri dan tidak membantah. Saya rasa ada perubahan pada diri sendiri, tetapi kena ambil masa.”
Selepas mendengar keputusan itu, responden memohon mahkamah melepaskannya daripada pengawasan MAIK jika permohonannya sebagai penjawat awam di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di bahagian pembimbing di Jabatan Orang Asli, diterima.

“Saya kurang gemar mendengar cakap-cakap orang (teguran) kerana lebih suka dengan cara sendiri. Dengan adanya pekerjaan sebagai pembimbing orang Asli, saya berharap mampu membantu saya membimbing diri sendiri ke arah yang lebih baik,’’ katanya.

Bagaimanapun hakim berkata, ia bergantung kepada keputusan MAIK.
Pada 24 April lalu, Mohamad Fariz dirujuk oleh keluarganya ke JHEIK selepas mengaku keluar daripada Islam dan memeluk agama Kristian.

Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengeluarkan perintah pada 2 Mei lalu supaya responden diletakkan di bawah pengawasan Unit Dakwah di JHEIK.

Permohonan itu menyebut Mohamad Fariz, yang menggunakan nama samaran Tyrone, mula berjinak-jinak dan menghadiri upacara gereja sejak 3 Disember 2010 serta mengaku berhasrat menukar agama di luar negara. – Utusan