Six policemen were killed in the standoff in Semporna while 19 enforcement officers were rescued by a special strike force that went into Kg Sri Jaya Seminggul at 3pm today. In the operation which ended at 7pm, six unidentified bodies were also found, believed to be that of the Sulu gunmen. Thesundaily.my

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar hari ini mengesahkan lima anggota polis terkorban dalam serang hendap kumpulan bersenjata di Semporna, Sabah.

Katanya, polis pada petang semalam menerima maklumat mengenai kumpulan bersenjata di Kampung Seri Jaya Simunul, Semporna.

KLIK UTK SURVEY PARTI PILIHAN ANDA PRU13

Berdasarkan maklumat tersebut, pasukan polis dari ibu pejabat polis daerah Semporna memasuki kawasan tersebut namun diserang hendap sebaik tiba, katanya dalam sidang media di Felda Sahabat, Lahad Datu.

DAPATKAN BERITA RASMI KES PENCEROBOHAN SABAH @ FB PDRM

Dua orang anggota kumpulan bersenjata itu turut terbunuh.

Polis kini mengepung kampung terbabit untuk mengesan saki baki kumpulan itu.
Kejadian di Semporna itu berlaku susulan pertempuran di antara kumpulan yang mendakwa setia dengan Kesultanan Sulu dan pasukan keselamatan pada Jumaat lalu.
Ismail berkata polis cuba mengenalpasti sama ada kumpulan di Kampung Sri Jaya Simunil mempunyai kaitan dengan kumpulan dalam kejadian di Lahad Datu.
Jumlah kematian melibatkan anggota kita kini meningkat kepada tujuh orang dalam tempoh dua hari dalam kejadian serangan dipercayai paling buruk sejak pemberontakan komunis. Malaysiakini

Pasukan keselamatan Malaysia masih belum berjaya membawa keluar kesemua lima mayat anggotanya yang menjadi korban kumpulan bersenjata dalam kejadian pada malam semalam di Semporna.
Ketua polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pertentangan di antara pasukan keselamatan kita dengan kumpulan bersenjata tersebut, dianggarkan kurang dari 10 orang, masih berlarutan di Kampung Sri Jaya Simunul. Malaysiakini

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata lebih ramai kumpulan penceroboh bersenjata mendarat di Sabah susulan pertempuran di antara pasukan keselamatan negara dan pengikut Kesultanan Sulu.

Ismail mengesahkan bahawa penceroboh berkenaan menyusup masuk ke Kunah, satu pekan di antara Semporna dan Lahad Datu.

Ismail berkata pihak berkuasa mendapat maklumat lewat malam tadi bahawa sekurang-kurangnya 10 kurang penceroboh berada di Kunak.

Katanya, tiga orang daripada kumpulan yang dilihat itu memakai celoreng tentera yang sama dengan kumpulan di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Bercakap dalam sidang media hari ini, beliau berkata pasukan keselamatan sudahpun bertindak untuk mengawal keadaan di kawasan tersebut. Malaysiakini

Penduduk sekitar Semporna, Sabah berkata polis meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan berkenaan susulan serangan hendap yang mengorbankan dua orang anggota keselamatan pada malam tadi.
Seorang penduduk bandar Semporna yang dihubungi Malaysiakiniberkata jalan menuju ke kawasan berkenaan kini dikawal ketat pasukan keselematan yang menyekat lalu lintas.

Beliau berhasrat untuk pulang ke Semporna dari Lahad Datu namun membatalkan hasrat itu atas nasihat pasukan keselamatan, kata surirumah tersebut, yang menambah beliau kemudiannya terpaksa berpatah balik ke Lahad Datu pada malam tadi.

Wanita berkenaan, 40-an, berkata beliau kini bimbang memandangkan pihak yang bertempur dengan pihak keselamatan Malaysia itu masih tidak dikenalpasti.

“Kami bimbang ini adalah kerja kumpulan yang sama (dengan penceroboh Lahad Datu),” katanya ketika dihubungi melalui Facebook pada malam tadi.

Sementara itu, seorang pekerja penghantar barang ketika dihubungi berkata beliau juga dihalang di satu sekatan jalan raya apabila cuba memasuki Semporna pagi ini.

“Kenderaan di dalam tak boleh keluar, kenderaan di luar tak boleh masuk. Tapi boleh masuk kalau jalan kaki (tidak menggunakan kenderaan),” kata lelaki tersebut, 44 tahun, ketika dihubungi.

Polis hari ini mengesahkan lima anggota polis terkorban dalam serang hendap kumpulan bersenjata di Kampung Seri Jaya Siminul, Semporna, Sabah dalam kejadian petang semalam.

Serang hendap oleh kumpulan tersebut berlaku susulan pertempuran di antara pihak keselamatan negara dengan kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari Filipina.

Seramai 12 orang kumpulan penceroboh berkenaan dan dua anggota komando polis terkorban dalam pertempuran pada hari Jumaat lalu. Malaysiakini

TERKINI : Polis Malaysia mengesahkan bahawa dua anggota komando polis Malaysia dan 12 lelaki bersenjata Sulu terbunuh dalam pertembungan antara Pasukan Gerakan Am Malaysia dan kumpulan bersenjata itu hari ini. Sumber – Malaysiakini.com

Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata  dari selatan Filipina hari ini.
  
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
  
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
  
“Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut,” katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.

Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.
  
Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.

Sementara itu, Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa 10 orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.

ABS-CBNnews melaporkan jurucakap Abraham Idjirani sebagai berkata dia baru bercakap sendiri dengan adik Sultan Sulu Jamalul Kiram – Azzimudie Kiram – yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu.

Azzimudie mengesahkan bahawa 10 lelaki terbunuh dan empat yang lain cedera dalam insiden tersebut.

“Dia melihat sendiri mayat-mayat tersebut,” kata Idjirani dalam satu sidang akhbar di Manila.

“Yang terbunuh termasuk seorang wanita.”

Idjirani merayu kepada kerajaan Malaysia supaya menghentikan serangan itu, dan berkata orang-orang Azzimudie hanya bersenjatakan bolos (parang) dan pisau dan hanya beberapa orang bersenjatakan senapang.

Beliau mendakwa bahawa komando polis Malaysia telah menggunakan penembak tepat ke atas pengikut Azzimudie.

AKhbar berbahasa Cina, China Press pula memetik sumber yang tidak disahkan di tempat kejadian, yang mendakwa dua penceroboh telah ditembak mati, manakala tiga anggota tentera Malaysia cedera.

Bagaimanapun, ABS-CBNnews melaporkan bahawa Duta Malaysia ke Filipina telah mengesahkan berlaku insiden menembak antara kedua-dua pihak tetapi tiada sebarang kematian.

Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DFA) Raul Hernandez memberitahu agensi berita bahawa Setiausaha Luar Filipina Albert del Rosario baru sahaja berbincang dengan duta Malaysia, yang mengesahkan berlaku insiden menembak di Lahad Datu tetapi ia sudah dihentikan.

Beliau berkata Manila sedang memantau keadaan. Sumber – Malaysiakini.com

Pengganas Sulu 10 mati, 4 cedera. Komando Malaysia 3 mati, dan salah seorang adalah Azman Rampong dari Semporna.
Lahad Datu & Semporna masih bertempur & dalam keadaan darurat. Sandakan hampir diserang pengganas dan dikatakan 2000 penyokong pengganas Sulu di daerah Sandakan bersedia untuk membuat huru-hara ( mengikut sumber risikan dari Malaysia Special Branch). Komando 69 Malaysia telah berjaya menyusup masuk ke dalam kubu tentera Sulu di Lahad Datu. Sumber – Blogfyna.com

Wajah Perjuang Malaysia yg terbunuh di SINI.

Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DPA) Raul Hernandez berkata pencerobohan sekumpulan pengikut sultan Sulu di Sabah sudah tamat, lapor akhbar The Philippine Inquirer.
Hernandez memberitahu satu sidang akhbar bahawa duta Malaysia Mohammad Zamri Mohammad Kassim bertemu dengan Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Albert Del Rosario di Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) untuk memaklumkanbahawa pihak berkuasa Malaysia telah menyerang kampung tempat kumpulan penceroboh Sulu itu berkubu.

Memetik laporan yang diberikan oleh duta Malaysia, Hernandez berkata 10 pengikut sultan Sulu telah menyerahkan dari. Sumber – Malaysiakini.com