Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, calon-calon mereka akan bertanding menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan PKR di Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.
Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menetapkan esok sebagai hari penamaan calon bagi pilihan raya umum ke-13.
SENARAI PENUH CALON PARLIMEN BN, PKR, PAS DAN DAP
Katanya, keputusan itu diambil kerana sehingga jam 3 petang ini – tarikh akhir yang ditetapkan DAP – mereka tidak mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Karpal juga berkata tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.



“Ekoran itu, kami akan teruskan apa yang diputuskan semalam dan bertanding bawah lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak,” katanya ketika dihubungi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi juga mengesahkan DAP akan menggunakan logo parti Islam itu di semenanjung.

Karpal sebelum ini meminta ROS menarik balik surat bertarikh 17 April sebelum jam 3 petang hari ini dan tidak akan memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan ROS itu.

Surat itu dihantar ekoran dakwaan berlaku kesilapan teknikal dalam pemilihan parti tu tahun lepas.

Tindakan itu diambil walaupun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan bahawa DAP masih boleh untuk bertanding walaupun tanpa pengiktirafan ROS.

“Saya telah tandatangan semua watikah untuk calon DAP (bertanding di semenanjung),” kata Mustafa sambil menyifatkan langkah itu sebagai “bersejarah” untuk PAS.
Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng memberitahu sidang akhbar di Sibu bahawa surat kebenaran bertanding di bawah PKR kini dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke negeri itu

Katanya, PAS sudahpun menghantar surat kebenaran mereka 
yang tiba pagi ini dan telah diserahkan kepada calon-calonnya di kawasan luar bandar kerana bimbang surat kebenaran dari tidak sampai pada masanya.

Sementara itu, pengarah pilihan raya DAP Sabah, Fred Fung berkata surat kebenaran dari PKR untuk calon-calon DAP kini dalam perjalanan dari Kuala Lumpur.

“Orang kita menunggu di Kota Kinabalu sekarang untuk mengambil surat tersebut dan menyerahkannya kepada calon-calon kami di Sandakan dan Melalap,” katanya ketika dihubungi.

Sandakan dan Melalap masing-masing terletak 319km dan 157km dari Kota Kinabalu.

Sumber – Malaysiakini

Senarai calon DAP Pulau Pinang, yang akan dikeluarkan secara rasmi kemudian,  menunjukkan bahawa kebanyakan penjawat dikekalkan, dengan tujuh muka baru dan tiga penyandang digugurkan.

Tiga daripada tujuh calon Parlimen adalah muka baru, seorang dipindahkan ke kerusi DUN, manakala empat daripada 19 kerusi DUN ditandingi calon baru.

Barisan calon itu mempunyai 10 pemimpin Pemuda DAP dan lima calon wanita.


Nampaknya kali ini parti itu mengamalkan dasar Pengerusi DAP Karpal 
Singh iaitu ‘satu calon satu kerusi’ kerana penyandang dua kerusi – Parlimen dan DUN – sebelum ini, telah dicalonkan bertanding hanya satu kerusi sahaja.

Mereka adalah Timbalan Setiausaha Agung, P Ramasamy (Batu Kawan) dan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow (Tanjong).

Kedua-duanya melepaskan kerusi Parlimen mereka untuk masing-masing bertanding kerusi Perai dan Padang Kota.

Pengecualian hanya untuk Setiausaha Agung, Lim Guan Eng kerana kedudukannya sebagai ketua menteri sementara, dan akan mempertahankan kerusi Parlimen Bagan dan DUN Air Putih.

Orang lain yang mengekalkan kerusi parlimen mereka ialah Karpal (Gelugor) dan Jeff Ooi (Jelutong).

‘Calon payung terjun’

Salah seorang muka baru di peringkat parlimen adalah setiausaha politik Lim, Zairil Khir Johari (di bawah) di Bukit Bendera menggantikan penyandangnya Liew Chin Tong, yang bertanding di Kluang, Johor.

Yang lainnya termasuk ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Steven
Sim di Bukit Mertajam, menggantikan penyandang Chong Eng, yang akan bertanding kerusi DUN Padang Lalang.

Kasturi Rani, anak perempuan pemimpin veteran DAP, P Pattoo, dikatakan akan bertanding kerusi Batu Kawan di tanah besar.

Pencalonannya dijangka menimbulkan rasa tidak puashati di kalangan sesetengah penyokong India di Nibong Tebal.

Spekulasi bertiup kencang bahawa adalah peguam K Mangleswari akan menggantikan Ramasamy di Batu Kawan, tetapi perkara itu masih tidak jelas kerana ada pihak-pihak tertentu masih melobi untuk Kasturi Rani.

Sementara itu, penyandang kerusi Komtar, Ng Wei Aik telah dipindahkan ke Parlimen Tanjung, menggantikan Chow.
Penyandang digugurkan

Tiga penyandang yang digugurkan ialah Tan Beng Huat (Padang Lalang), Koay Teng Hai (Pulau Tikus), Koid Teng Guan (Sungai Pinang) dan Michael Tan (Padang Lalang).

Ini mengecewakan penyokong mereka dan telah mencetuskan protes kecil di kawasan mereka.

Mereka digantikan oleh pendatang baru ahli majlis MPPP Lim Siew Khim (Sungai Pinang) dan Chee Soon Lip (Jawi), pegawai khas Lim, Jeffrey Chew (Pulau Tikus) dan Teh Lai Heng (Komtar).

Di Bagan Dalam, difahamkan bahawa parti itu sedang mempertimbangkan V Krishnamoorthy Naidu, tetapi bagaimanapun penyandang A Thanasekharan telah membayar deposit kepada pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya pada hari Khamis, untuk menjamin tempatnya sebagai calon.

10 penyandang yang mengekalkan kerusi DUN masing-masing ialah:

Phee Boon Poh (Sungai Puyu), Lim Hock Seng (Bagan Jermal), Jagdeep Singh Deo (Datok Keramat), Law Heng Kiang (Batu Lancang), RSN Rayer (Seri Delima), Wong Hon Wai (Air Itam), Yeoh Soon Hin (Paya Terubong), Teh Yee Cheu (Tanjong Bungah), Lau Keng Ee (Pengkalan Kota) dan Lydia Ong Kok Fooi (Berapit).

SENARAI PENUH CALON PARLIMEN BN, PKR, PAS DAN DAP

Sumber – Malaysiakini

Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu, Jafrei Nordin meletak jawatan, semalam selepas kecewa dengan sikap perkauman Ronnie Liu dan DAP.
Jafrei yang berkhidmat dengan Ronnie sejak 2008 berkata, sikap tamak dan perkauman Ronnie yang pandai berpura-pura disaksikannya sendiri, sekali gus mendorongnya berfikir mengenai masa depan rakyat Malaysia termasuk Selangor.

“Ronnie bersikap kurang ajar apabila menggelar Menteri Besar Selangor sebagai ‘Khalid Gagap’ dan menjadi kelompok awal mempercayai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah individu dalam video seks ‘China Doll’, manakala Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali adalah lelaki dalam video aksi aiskrim dalam tandas.
“Beliau juga pernah mengatakan kepada saya Anwar dan Azmin adalah pelawak Melayu dalam DAP, malah mentertawakan orang Melayu Islam yang datang berduyun-duyun mendengar tazkirah Azmin di surau dan masjid sekitar Gombak beberapa hari selepas videonya tersebar,” katanya pada sidang media mengumumkan peletakan jawatannya di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng.

Jafrei berkata, sikap perkauman Ronnie boleh dilihat apabila menganggap PKR sebagai parti jenaka dan sering berseloroh mempersoalkan bagaimana orang Melayu boleh menyokong parti yang diterajui pelawak.
Katanya, DAP juga sedar Anwar cuba merosakkan PAS selain cubaan memujuk Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menyertai parti yang didakwa berjuang untuk Islam itu.

“Anwar juga risau dengan PAS yang dilihatnya boleh membantutkan usahanya menjadi Perdana Menteri dan saya sendiri melihat peranan Ronnie memecah-belahkan PAS Selangor bagi memastikan DAP terus mendominasi pakatan pembangkang di negeri itu. “Malah, beberapa pertemuan sulit diadakan di Selangor bagi membincangkan siapa calon Melayu DAP di Perak bagi menafikan hak PAS untuk jawatan Menteri Besar Perak selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13),” katanya. Petikan dari Hmetro
Sekarang ini apabila kita menghampiri PRU13 DAP seperti biasa tidak dapat lari daripada bermain dengan sentimen agama. Apatah lagi sekarang ini mempunyai tunggangan yang cukup setia seperti PAS.

Survey PRU : Pilihan anda di SINI (Undi anda adalah rahsia)


 Isu nama Allah  menjadi modal serampang dua mata untuk membunuh BN dan dalam masa yang sama untuk meraih undi daripada penganut Kristian.Ada yang berasa takut hilang undi jika  bantah sambil berasa serba salah apabila melihat kesucian agama dilacurkan.Manakala ada yang juga disaman hanya kerana mempertahankan nama Allah. 


Dilema ini seharusnya tidak perlu timbul,Jika mahu silakan persetan kepentingan parti atau undi maka berperang saja dengan puak yang menuntut nama Allah itu. Jika berasakan perlu turutkan kehendak DAP dan PAS maka setuju saja..

DAP guna kristian ,PAS guna Islam.. PKR pula pluralisme dan liberal. Ketiga parti menggunakan pendekatan kebebasan agama dan spritual agar pengundi berasa lebih dekat bersama mereka. Ini approach kamikaze yang sudah menolak mentah mentah halal haram asalkan matlamat menghalalkan cara.

Penentangan mengenai isu ini cukup melegakan DAP PAS dan PKR,strategi menyetap kerandut telur umat Islam membuatkan ramai yang senak, Untuk menoktahkan isu ini mudah.. sama ada yang menyokong dengan pakatan atau BN guna saja peti undi pada PRU13 nanti. Jika Pakatan menang maka mudahlah nanti kalangan anak anak anda menentukan agama mereka sendiri apabila berumur 18 tahun..mudah bukan..semudah pangkah sekeping kertas untuk tentukan masa depan anda…

Bagi yang membantah,tak usah membuang masa sebab puluhan juta umat Islam dinegara ini tidak ada yang peduli sangat.. sokong saja tuntutan DAP sebab alim ulamak PAS dah keluarkan fatwa…mana la tahu bila pakatan memerintah satu hari nanti semua bangsa berbilang kaum dan juga agama boleh berkongsi rumah ibadat ..bukankah ini menjimatkan wang rakyat!.. Sumber Pisau.net

Isu demi isu dicipta PAKATAN untuk menarik perhatian rakyat tetapi lebih penting sebenarnya memecahkan orang Melayu agak terus terpisah jauh sehingga tiada titik pertemuan. Dalam semua isu yang dicipta yang rugi hanya Islam dan Melayu. Kita terus berpolimik sedangkan bangsa lain terus berjuang mendapat hak yang dulunya untuk Bumiputera.

Antara isu demi isu yang telah sedang berlaku…

BERSIH 2.0

MAT INDERA

DAN SEKARANG

HUKUM HUDUD DI KELANTAN …..

LEPAS HUKUM HUDUD PASTI ADA LAGI DAN LAGI DAN LAGI