Hari pertama persidangan Dewan Rakyat bagi penggal ke-13 bermula kecoh apabila wakil rakyat pembangkang mempersoalkan mengenai proses pengundian bagi memilih Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baru.
Kekecohan mula ditimbulkan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang membangkitkan mengenai keperluan ahli Dewan menulis nama masing-masing di kertas undi.
Katanya berdasarkan Peraturan Mesyuarat 4, ahli Dewan hanya perlu menandatangani kertas undi tanpa perlu menulis nama.
Bagaimanapun Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah tidak mengendahkan bantahan yang ditimbulkan Mahfuz.
“Ahli-ahli Yang Berhormat, ini bukan kali pertama Dewan Rakyat mengadakan pengundian bersurat. Sila teruskan proses mengundi,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin.
Bagaiamanapun jawapan Roosme menimbulkan rasa tidak puas hati wakil rakyat pembangkang.
Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) berkata proses berkenaan sangat memalukan apabila proses pemilihan itu tidak mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
Hari pertama persidangan Dewan Rakyat pada Isnin bermula dengan pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Dua tokoh dicadangkan bagi merebut jawatan berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan Tan Sri Pandikar Amin Mulia, 58 sebagai Speaker Dewan Rakyat mengikut Perkara 57 Perlembagaan Persekutuan.
Cadangan itu disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sementara di pihak pembangkang, Tan Sri Abdul Khalid (PKR-Bandar Tun Razak) mencalonkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Speaker.
Cadangan itu disokong Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).
Keputusan menyaksikan Pandikar Amin menang dengan majoriti 133 undi sementara Abdul Kadir memperoleh 89 undi. – mStar Online
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bidang pelancongan yang menghasilkan pendapatan negara kasar (PNK) hampir RM100 bilion apabila hampir 50 juta pelancong telah melawat Malaysia bagi tahun 2011 dan 2012.
Selain itu, katanya, dalam pembangunan projek Greater Kuala Lumpur, setakat 31 Disember 2012, projek My Rapid Transit (MRT) telah menawarkan 48 pakej kontrak berjumlah RM19.8 bilion, 45 peratus atau RM8.9 bilion kepada kontraktor bumiputera.
Tambah beliau, dalam sektor minyak dan gas, projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (Rapid) di Pengerang, Johor bakal mewujudkan sebanyak 4,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi manakala 20,000 lagi peluang pekerjaan dalam kerja pembinaan.
“Dalam sektor minyak sawit pula, kita telah berjaya menanam semula seluas kira-kira 113,000 hektar kelapa sawit,” katanya.
Katanya lagi, sektor kandungan dan infrastruktur komunikasi dan industri kreatif turut menyaksikan pencapaian dalam NKEA apabila RM547 juta keluaran kreatif telah dieksport dan sebanyak 157 ribu jam kandungan kreatif telah terhasil.
“Di antaranya adalah pembikinan filem bertajuk Lif of Pi, telah berjaya meraih empat kemenangan daripada 11 pencalonan di Academy Awards baru-baru ini yang melibatkan kepakaran kreatif anak tempatan,” katanya.
Sementara itu, sebanyak 1,087 kedai runcit telah mendapat manfaat daripada Transformasi Kedai Runcit (Tukar) di mana purata jualan meningkat sebanyak 30 peratus selepas enam hingga 12 menyertai program itu. – UTUSAN
Nota : Semua ini hanya boleh ditepis oleh Pembangkang dengan serangan isu peribadi menjelang PRU13.
Bandar kecil TENANG, Segamat, Johor tidak lagi akan menjadi Tenang apabila semua pemimpin politik Barisan dan Pakatan akan memenuhi bandar kecil tersebut menjelang pilihanraya kecil yang bakal diadakan. PAKATAN pastinya sangat terdesak untuk menang pilihanraya kecil kali ini setelah beberapa pilihanraya sebelum ini mereka tewas. 
Pada peringkat awal selepas PRU12 kebanyakan pilihanraya kecil memihak kepada PAKATAN tetapi sejak akhir-akhir ini keputusan telah banyak berubah.
Adakah trend ini akan terus berlaku sehingga PRU13. Jika begitu maka pasti kecewa hasrat DSAI untuk menjadi PM dan menguasai Putrajaya seperti yang sangat-sangat diharapkan oleh DSAI.
Kena tengok siapa yang keneeee!!!